Sedia khidmat ajar Al-Quran ikut kesesuaian masa pelajar

Berita Harian - - KELUARAN KHAS -

yang terhad, namun ingin mendalami dan mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran Al-Quran.’

Pusatnya telah beroperasi lebih sedekad. Ia berwawasan untuk menjadikannya sebuah pusat yang menyediakan ‘bengkel pengenalan eksklusif’ untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bacaan Al-Quran yang betul dan menyediakan asas ilmu pengetahuan dan dasar yang diperlukan untuk mencapai bacaan Al-Quran yang baik, serta pembelajaran Islam yang lain.

Ceramah khas untuk kaum Hawa juga telah diadakan pada awal tahun ini dan banyak lagi acara yang bakal diadakan pada masa akan datang.

“Program kami ternyata mendapat permintaan yang tinggi daripada pelajar kami. Apa yang menjadikannya istimewa adalah fleksibiliti untuk memenuhi masa pelajar.

“Pelajar bebas memilih tarikh, waktu serta tempoh yang mereka inginkan.

“Pihak kami juga turut menganjurkan kursus untuk melatih guru-guru Al-Quran dengan menggunakan kaedah yang boleh digunakan secara menyeluruh dan berkesan, menerusi buku teks dan alat-alat bantuan interaktif yang lain,” ujar Ustazah Sulizah, siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari fakulti Al-Quran dan Sunnah.

Para pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak kecil, orang dewasa dan juga warga emas.

Ia menyediakan bimbingan dan pendidikan agama seperti membaca Al-Quran peringkat qiraat dan asas; tafsir; fiqah Islami; tafaquh fid deen dan sesi kumpulan usrah.

Nadi Furqan Services juga turut menerbitkan buku pembelajaran Al-Quran berjudul antaranya seperti Utlu! – Utlu! Recite, Utlu! Teaching Aids dan juga Utlu! Teaching Guide serta penerbitan yang lain.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi talian 9455-4824, atau lungsuri laman Facebook/Nadi Furqan atau e- mel nadifurqanservices@yahoo.co m

Nadi Furqan Services terletak di Blok 825 Tampines Street 81 #01-70 dan juga di Golden Landmark di #03-33/39.

ANTARA BUKU: Dua kanak-kanak ini menunjukkan antara buku terbitan Nadi Furqan Services yang digunakan dalam pembelajaran di pusat pendidikan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.