Invois AHTC kepada ejen bernilai $106,000 jadi tumpuan sidang

Berita Harian - - BERITA -

siapa yang memberi FMSS kuasa membuat pembayaran gaji sambil menekankan terdapat “kekurangan kawalan serta sekatan dan imbangan.”

Hakim Kannan Ramesh bersetuju bahawa maklumat baru yang dikemukakan Encik Rajah itu hendaklah dimasukkan ke dalam prosiding dan Encik Rajah berkata beliau akan mengubahnya.

Tuntutan mahkamah yang dimulakan oleh AHTC di bawah arahan panel bebas menumpukan perhatian kepada pembayaran bernilai $33.7 juta yang dibuat AHTC dari 2011 hingga 2015 kepada FMSS dan penyedia khidmat FM Solutions and Integrated Services (FMSI).

Pembayaran itu didakwa tidak wajar dan tidak sah.

Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, dan ketua WP waktu itu, Encik Low Thia Khiang, diminta menjelaskan wang itu dan membayar balik jumlah yang telah dibayar dengan salah.

Sedang WP menguruskan Punggol East dari 2013 hingga 2015, selepas menawan kawasan undi itu dan menewaskan parti pemerintah dalam pilihan raya kecil, PRPTC menyaman untuk menutup kerugian Punggol East yang timbul hasil dakwaan pembayaran tidak wajar itu.

Defendan lain dalam kes itu termasuk ketua WP sekarang, Encik Pritam Singh; anggota majlis bandaran, Encik Chua Zhi Hon dan Encik Kenneth Foo; serta FMSS dan pemilikn- ya, Cik How Weng Fan.

HARI KETIGA PERBICARAAN: (Dari kiri) Anggota Parlimen WP, Encik Pritam Singh, Encik Low Thia Khiang dan Cik Sylvia Lim berada di Mahkamah Tinggi semalam pada hari ketiga perbicaraan mengenai Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC). – Foto BH oleh MARK CHEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.