Wisata ilmu jadi daya tarikan baru bagi pelancong

Berita Harian - - KELUARAN KHAS WISATA - NASUHA AZMI Penulis sambilan

SYARIKAT Jalaluddin Travel & Services memperkenalkan pelancongan ilmu bagi mengembangkan lagi industri pelancongan di samping memenuhi konsep yang semakin menjadi pilihan utama pelancong hari ini.

Menurut pengarah syarikat Jalaluddin Travel & Services, Ustaz Jalaluddin Hassan, selain daripada ingin pesertanya menikmati keindahan bumi Allah, beliau juga ingin berkongsi tentang sejarah Islam di bumi Eropah yang mungkin tidak diketahui ramai dalam erti kata lain, pelancongan pendidikan.

Malah syarikatnya amat mementingkan keseimbangan dalam pelancongan.

Sebagai Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), beliau sudah mempelajari daripada pengalaman tentang apa yang amat penting dalam sesebuah pelancongan yang akan menarik minat orang ramai.

Daripada pengalamannya dalam industri pelancongan, Ustaz Jalaluddin mendapati antara sebab pelanggannya terus menyokong Jalaluddin Travel & Services adalah kerana pihaknya memudahkan urusan pelanggan.

Ini dari segi menjaga waktu solat, membawa mereka mencuba makanan halal di negara tersebut, memberi ruang untuk mereka mengenal sejarah Islam dan juga membawa ke tempat yang amat berbaloi untuk membeli-belah.

Seperti contoh, sekiranya mereka ke Korea, sudah tentunya mereka akan teruja untuk makan makanan Korea asli seperti Bimbimbap, Kimchi dan sebagainya.

Jika ke Jepun pula, pasti mereka ingin merasa Udon ataupun Ramen.

Hanya apabila jika daerah itu sukar untuk mendapatkan makanan halal setempat, barulah mereka akan membawa kumpulan pelancongan itu ke restoran Timur Tengah.

Ustaz Jalaluddin meletakkan matlamat di setiap pakej pelacongan yang dianjurkan agar pelanggan akan mendapat memori yang indah dan ilmu yang baru tentang negara itu.

Hubungan yang baik di antara Jalaluddin Travel & Services dengan syarikat pelacongan di Timur Eropah memudahkan atur cara dan perjalanan ke negara tersebut.

Ini adalah kerana mereka lebih mahir dalam memperkenalkan tempat tarikan yang lain daripada yang lain, makanan tempatan yang unik dan juga memperkenalkan budaya mereka kepada masyakarat Singapura.

Ketelitian Jalaluddin Travel & Services dalam memilih hotel yang selesa, strategik dan servis yang baik membuatkan mereka terkenal di antara masyarakat Islam Singapura.

Syarikatnya menawarkan pelbagai perkhidmatan pelacongan seperti pakej haji dan umrah, pakej Wisata Muslim ke destinasi impian seperti Timur Tengah dan Asia.

Selain itu juga, mereka menyediakan pelbagai pakej pelancongan dalam negeri dan luar negara.

Khidmat mesra pelanggan dan pakej pelancongan yang menarik adalah antara sebab mengapa pelanggan mereka sering kembali untuk melancong bersama syarikat itu.

Di antara pakej yang paling diminati ramai adalah pakej Tamadun Islam seperti Jejak Rasul.

Jejak Rasul akan membawa anda ke tempat menarik seperti Sepanyol, Maghribi, Kahirah, Istanbul, Petra dan lain-lain lagi.

Namun, pakej jelajah ke Eropah juga mendapat perhatian ramai.

PELANCONGAN PENDIDIKAN: Selain menikmati keindahan bumi Tuhan, pelancong juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Islam di bumi Eropah. – Foto JALALUDDIN TRAVEL & SERVICES

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.