Anjur doa selamat buat mangsa gempa Lombok

Berita Harian - - KELUARAN KHAS -

SATU majlis doa selamat buat mangsa gempa bumi Lombok telah dianjurkan pengasas syarikat runding cara pendidikan Islam Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Lapangan Ngargosari, Samigaluh, Kulon Progo, Yogyakarta, itu turut dihadiri barisan ulama Indonesia.

Pemilik bersama Attawasol Insaniy, Encik Mohamed Anuar Mohamed Omar, juga hadir.

Secara keseluruhannya, lebih 3,000 orang menghadiri majlis tersebut, yang juga kali pertama diadakan secara besar-besaran oleh syarikat itu.

Selain mangsa Lombok, majlis mendoakan kesejahteraan penduduk Yogyakarta dan Singapura.

Sebelum ini, Attawasol Insaniy menghulurkan bantuan dalam acara korban di Indonesia.

Pada masa sama, Attawasol Insaniy menyediakan ruang buat warga Singapura yang ingin melakukan amal jariah.

Terdapat enam cara menyumbang:

– Sumbangan daging kambing untuk dimasak;

– Fidyah, atau sumbangan beras;

– Sumbangan iftar;

– Khatam Al-Quran secara jamak buat arwah;

– Bacaan tahlil arwah; dan – Sumbangan ikhlas buat mangsa gempa di Lombok.

Dalam kejadian gempa bumi di Lombok baru-baru ini, sekitar 500 orang terkorban dan kerosakan teruk berlaku pada bangunan hospital dan prasarana awam.

Lombok digegarkan gempa bumi, dengan beberapa kejadian berlaku Julai dan Ogos lalu.

DOA BERSAMA: Barisan pendakwah dan hadirin menyerikan majlis doa selamat di Yogyakarta anjuran syarikat runding cara pendidikan Islam, Attawasol Insaniy. – Foto ATTAWASOL INSANIY

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.