Jam bijak bantu pengembara elak ‘jetlag’

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

JENAMA Montblanc sering dikaitkan dengan alat tulis mewah asal Jerman. Namun syarikat itu lebih daripada pengeluar alat tulis bahkan mempunyai produk merangkumi jam, barangan kemas dan produk kulit.

Bagi memperluas kehadirannya dalam generasi digital, Montblanc baru-baru ini memperkenalkan jam bijak Summit 2.

Ia merupakan jam bijak mewah pertama yang dilengkapi dengan chipset Snapdragon Wear 3100 buatan Qualcomm yang menjanjikan prestasi yang dipertingkatkan, hayat bateri yang lebih baik.

Summit 2 digerakkan oleh sistem memproses Wear OS ciptaan Google dan boleh digabungkan dengan telefon bijak iOS dan Android.

Dengan bantuan Google Assistant, pengguna akan mendapatkan bantuan proaktif, peribadi seperti status penerbangan atau tempahan yang akan datang.

Mereka juga boleh menggunakan mikrofon jam tangan, meminta bantuan atau mendapatkan arahan atau terjemahan.

Google Assistant juga boleh menguruskan tugas seperti menetapkan peringatan atau memeriksa kadar denyutan jantung anda.

Bagi karyawan yang sering ke luar negara, Summit 2 menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan pengembaraan.

Antara fungsi kembara Summit 2 ialah aplikasi Timeshifter baru yang membantu memberi nasihat supaya pengembara dapat mengelak gangguan ritma harian atau jetlag. Nasihat itu dihasilkan berdasarkan corak tidur dan pelan penerbangan pengembara. Timeshifter menyediakan nasihat yang diperlukan pada masa yang sesuai dan arahan disiarkan secara langsung pada muka jam bijak itu – membantu pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu yang baru.

Summit 2 ditawarkan pada harga bermula $1,495.

SUMMIT 2: Jam bijak terkini buatan Montblanc mempunyai pelbagai ciri yang berguna bagi pengembara. – Foto MONTBLANC

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.