Harga COE ditutup bercampur-campur

Berita Harian - - BERITA -

BIDAAN bagi harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) – yang pertama kali menyaksikan peluasan jumlah kuota – berakhir bercampur-campur semalam.

Premium untuk kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp ditutup pada $28,199, naik daripada $25,556 tiga minggu lalu.

Harga COE untuk kereta di atas 1,600cc atau 130bhp ditutup pada $32,302, naik daripada $31,302 sebelum ini.

Premium untuk Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk mana-mana jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta, kini $32,000, turun daripada $32,900.

Harga COE kenderaan komersil tidak berubah pada $29,501.

Premium motosikal ditutup pada $ 2,509, turun daripada $3,951.

Peniaga kereta menyifatkan jarak tiga minggu bagi tender, antara yang terakhir dengan yang dikeluarkan semalam, menjadi antara faktor yang menyebabkan lebih banyak tempahan dibuat.

Selain itu, ekspo dagangan kereta Cars @ Expo yang dianjurkan pada akhir bulan lalu juga telah menyumbang kepada tempahan yang lebih banyak.

Ekspo dua hari yang dianjurkan oleh Singapore Press Holdings (SPH) dan portal kenderaan sgCarMart itu telah menarik lebih 40 syarikat termasuk 20 pengedar kereta dan 10 pengedar kereta terpakai. Ia telah menarik 130,000 pengunjung.

Menurut akhbar The Straits Times, lebih 100 kereta terjual di ekspo itu pada hari pertama ia berlangsung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.