Beri sokongan padu kepada Singa kita

Berita Harian - - SUKAN -

tempat duduk penyokong telah diperiksa bagi memastikan keselesaan mereka yang hadir untuk menyaksikan perlawanan itu.

Apa yang tinggal adalah menantikan kehadiran penyokong untuk datang berduyun-duyun memeriahkan lagi suasana bagi pertarungan pertama skuad Singa menentang pasukan Garuda dalam kejohanan serantau dwitahunan ini.

Justeru, beraksi di padang bola sepak yang ditempatkan di stadium serba mewah dan canggih ini mungkin tidak begitu menggerunkan buat pemain kita, jika penyokong sendiri gagal menghadirkan diri, memberi sorakan yang selama ini menyepi.

Tidak dapat dinafikan, suara lantang kita sebagai penyokong menjadi nadi semangat pemain yang mewakili negara ini untuk terus berjuang.

Bayangkan jika penyokong pasukan lawan yang hadir ke Stadium Negara melebihi penyokong kita sendiri.

Difahamkan, hanya 2,000 dari 55,000 tempat duduk yang mampu ditampung Stadium Negara telah ditetapkan buat penyokong Indonesia.

Jika dilihat kepada sejarah sokongan pasukan Indonesia, jumlah penyokong mereka yang bakal turun ke sini mampu menggegarkan stadium.

Semangat yang ditunjukkan sungguh mengagumkan dan saya sendiri pernah merasakan kehangatan berada di stadium yang dibanjiri penyokong Indonesia ketika membuat liputan bagi temasya Sukan SEA tahun lalu.

Pengalaman tersebut membuat saya mengidamkan perkara sama bagi skuad Singa kita.

Di benak fikiran, saya bertanyakan kepada diri sendiri:

“Apa yang perlu dilakukan untuk melihat sokongan ‘Kallang Roar’ kembali ke Stadium Negara?”

Ramai peminat bola sepak setempat juga sering mendahagakan kegemilangan yang pernah dirasai suatu ketika dahulu.

Jika diimbas semula, zaman kegemilangan skuad Singapura itu tidak akan wujud tanpa sokongan padu warganya yang sentiasa berada di sisi mereka – baik ketika mengecap kemenangan mahupun ketika ditimpa kekalahan.

Dalam kehidupan, ada pasang surutnya dan ini tidak terkecuali bagi skuad Singa.

Apa yang berlaku dalam arena bola sepak setempat beberapa tahun lalu boleh dianggap sebagai satu fasa yang dilalui bagi mengharungi pembaharuan.

Ada yang mempertikaikan sama ada prestasi bola sepak setempat mampu kembali ke zaman kegemilangan tersebut.

Namun, jika dilihat kepada persembahan skuad Singa baru-baru ini, banyak perkara positif yang dapat kita lihat.

Misalnya, jurulatih sementara negara, Fandi Ahmad bagaikan telah menerapkan mentaliti tidak mudah menyerah kalah dalam diri setiap pemainnya.

Dalam pada itu, gabungan pemain berpengalaman dan muda menjadi pilihan beliau.

Keseimbangan pasukan dan kerjasama antara mereka jelas dilihat apabila mereka mengecap tiga kemenangan dalam empat perlawanan persahabatan baru-baru ini dan masih belum ditewaskan.

Fandi sendiri berkata beliau dapat melihat pemainnya kini bersedia berjuang buat negara dan percaya mereka mampu membuat kejutan.

Kita sebagai penyokong juga perlu menetapkan kepercayaan sama kepada skuad Singa di kejohanan ini.

Titik permulaan baru bola sepak Singapura bermula malam ini. Marilah kita sama-sama ‘turun padang’ untuk memberi semangat dan sorakan buat pasukan kita.

Kemenangan mungkin tidak dapat dikecapi tanpa ‘pemain ke-12’ pasukan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.