MCA mahu BN dibubar

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

“... demi kebangkitan semula, BN perlu dibubarkan dalam suasana persefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam usaha transformasi dan pembinaan semula.” – Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

mereka undur diri daripada minta BN dibubarkan. Kita memang jangka MCA akan keluar BN, tapi tidak jangka mereka buat resolusi untuk bubar BN,” katanya semasa dihubungi media semalam.

Datuk Mohamad menambah bahawa Umno dan parti komponen lainnya tidak akan membubarkan BN buat masa ini kerana gabungan itu masih diperlukan, malah kepimpinannya sedang berusaha menjenamakan semula BN.

Dr Wee kelmarin berkata MCA berterima kasih di atas sokongan rakyat pelbagai kaum kepada parti itu dan menghargai semangat toleransi serta perkongsian kuasa yang wujud sejak penubuhan BN.

MCA yakin kerjasama bersandarkan perpaduan erat dan ikhlas ialah asas pembangunan negara, ujarnya.

“Namun selepas sekian lama memerintah, BN kini mengalami kecondongan kuasa yang amat ketara, dan setiap parti komponen pula memerlukan refleksi kendiri, penilaian semula serta pembaharuan parti masing-masing.

“Oleh itu, demi kebangkitan semula, BN perlu dibubarkan dalam suasana persefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam usaha transformasi dan pembinaan semula.

“Apabila ada kesesuaian serta mempunyai persamaan visi dan prinsip, maka satu perikatan politik boleh dibentuk semula,” katanya.

MCA, yang berusia 69 tahun, parti komponen kedua terbesar dalam BN, selepas Umno.

Gabungan yang memerintah sejak Malaysia merdeka pada 1959 itu kehilangan kuasa kepada Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum pada Mei lalu.

Sebelum pilihan raya ke-14 itu, BN mempunyai 13 parti komponen tetapi ia kini hanya dianggotai Umno, MCA, MIC dan myPPP (Parti Progresif Penduduk Malaysia). – The Star, BHM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.