Harga COE ditutup lebih rendah

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PREMIUM bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru semalam.

Premium COE bagi Kategori A atau 1,600cc ke bawah dan berkuasa tidak melebihi 130bhp, ditutup pada $23,568, lebih rendah daripada $25,000 dalam bidaan yang lalu.

COE bagi kereta lebih besar dan lebih bertenaga dalam Kategori B pula susut kepada $31,001 daripada $31,101.

COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan membawa barangan dan bas, turun kepada $27,009 berbanding dengan $27,509.

Namun, premium motosikal ditutup pada $3,399, naik daripada $2,989.

Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan terutamanya untuk kereta besar, turun kepada $30,851 berbanding $30,959 dalam bidaan lalu.

Sebanyak 6,950 bidaan telah diterima, dengan kuota sebanyak 5,119 COE disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.