Pemergian Zul Tania kehilangan besar industri muzik S’pura

Berita Harian - - GAH! -

persona sendiri di pentas.

“Tapi mendengar orang ramai mengongsi kisah menarik tentang bagaimana bapa menyentuh kehidupan mereka amat menenangkan hati kami sekeluarga.

“Kami terharu dapat mengongsi kasih sayang yang beliau berikan kepada semua dan kami amat menghargai sokongan semua,” katanya.

Beliau dalam laporan ST pula berkata kesihatan bapanya kurang baik sejak dua tahun lalu.

Namun pemuzik rajin itu masih menghiburkan orang ramai secara kerap, dengan persembahan setiap Sabtu hingga Oktober lalu di ruang muzik secara langsung dan restoran Mexico La Salsa.

Arwah juga optimistik kesihatannya akan bertambah baik, kata Cik Cardejah.

“Isnin lalu, beliau membuat rancangan mahu ke Pulau Pinang mengunjungi rakan. Beliau juga mahu derma makanan apabila beliau ke masjid bagi solat Jumaat,” katanya.

Arwah penghibur tetap arena kelab di sini sejak mula bernyanyi dan bermain gitar ketika berusia 17 tahun di pab Talk Of The Town.

Pada 1977, beliau menjadi ketua Tania. Kumpulan itu amat terkenal pada 1980-an.

Mereka menarik penggemar muzik ke setiap lokasi persembahan mereka.

Allahyarham bermain di beberapa tempat sepanjang 40 tahun lalu, termasuk Pebbles Bar, Peppermint Park, Anywhere Music Pub dan Harry’s di Orchard Towers.

Beliau dikenali dengan persembahan penuh perasaan lagu rok klasik oleh The Beatles, Dire Straits dan Pink Floyd.

Pada 1992, Allahyarham melancarkan album solo yang memaparkan karya sendiri dan lagu ‘cover’ Sting, Paul Simon dan Tina Turner.

Pada 2013, beliau beraksi di persembahan yang tiketnya habis dijual di Studio Resital Esplanade.

Enam tahun lalu, Allahyarham membuat persembahan di sambutan ulang tahun ke-50 Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran.

Dalam kiriman di Facebook, Encik Iswaran, yang menganggap dirinya antara peminat Allahyarham, berkata arwah dan Tania “institusi dalam industri hiburan setempat”.

“Saya mempunyai kenangan indah menghadiri persembahan mereka. Pemergian Zul suatu kehilangan sedih – bagi keluarga, industri muzik Singapura dan semua peminat,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan semalam selepas disolatkan di Masjid Ba’alwie.

Pemuzik dan penyanyi Art Fazil dalam kiriman di Facebook berkata beliau suka melihat arwah membuat persembahan di pentas.

“Saya akan secara bersembunyi periksa pedal gitar apa yang beliau gunakan. Dan suaranya – jujur, tulus ikhlas dan penuh perasaan.

“Saya mempunyai segelintir ‘mentor sampingan’, orang yang saya memerhatikan sambil belajar. Zul berada di atas sana dengan legenda lain. Tiada lagi, tetapi tidak dilupai. Saya akan merindui Zul Tania,” ujarnya.

LEGENDA MUZIK SETEMPAT: Penyanyi dan gitaris Zul Sutan, atau nama penuhnya Zulkifli Sutan, meninggal dunia kelmarin di NUH pada usia 61 tahun. – Foto ESPLANADE

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.