Pesilat negara jalani latihan akhir jelang kejohanan

Berita Harian - - SUKAN -

HANYA tinggal seminggu sebelum Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-18 bermula Khamis depan.

Keghairahan menjelang kejohanan empat hari yang akan berlangsung di Dewan Satu OCBC Arena Hab Sukan Singapura, sudah dapat dirasakan.

Kontinjen negara yang dibarisi seramai 29 pesilat juga sudah giat menjalani latihan-latihan akhir sebelum melangkah masuk ke dalam gelanggang lawan.

Jelas kelihatan dari setiap pesilat negara bahawa kejohanan ini amat bermakna bagi mereka, lebih-lebih lagi apabila ia akan dipertandingkan di hadapan penyokong sendiri.

Semangat untuk merebut takhta juara dunia juga dapat dirasakan apabila mereka menjalani latihan fizikal yang intensif, dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican.

Sejak awal minggu ini, latihan telah diadakan sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Selain persiapan skuad Singapura, pasukan Australia juga sibuk melakukan latihan mereka sendiri di dewan latihan [email protected]

Mereka menjadi negara pertama daripada lebih dari 40 negara yang akan bertanding dalam kejohanan ini untuk tiba di Singapura, sementara pasukan lain akan tiba ke sini mulai Selasa depan.

Ini merupakan kali ketiga Singapura menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Pencak Silat Sedunia. Sebelum ini, Singapura pernah menganjurkan pada 2004 dan 1988.

Kali terakhir ia diadakan di sini, pesilat negara berjaya merangkul empat pingat emas.

BERI KATA PERANGSANG: Pesilat negara mendengar taklimat ringkas dari Sheik Alau’ddin (lima dari kiri) sebelum mereka memulakan latihan mereka di Dewan 4, OCBC Arena. – Foto BH oleh ANWAR YAHYA

SUDAH TIBA: Pasukan silat Australia menjadi pasukan pertama untuk tiba di Singapura pada Selasa lalu dan mereka sudahpun memulakan latihan mereka di dewan latihan [email protected] – Foto PERSISI

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.