Ho Ching, tokoh S’pura dalam senarai 100 wanita berkuasa Forbes

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

16 tahun dan telah membantu mengembangkan portfolionya bernilai lebih $235 bilion. Beliau membuka pejabat di San Francisco tahun lalu dan menyalurkan lebih suku wang Temasek ke dalam sektor seperti sains hayat, teknologi dan perniagaan tani.”

Cik Lee pula berada di tempat ke-94 tahun lalu. Beliau yang tinggal di Shanghai juga dimasukkan ke dalam Senarai Midas: Pelabur Teknologi Terbaik Forbes di tempat ke-74 atas pelaburannya dalam syarikat media sosial YY yang nilainya naik lebih 10 kali ganda sejak tawaran awam pada November 2012.

Sebagai rakan kongsi pengurusan di GGV Capital sejak 2005, beliau dianggap antara pelabur modal teroka yang dihormati di China, kata Forbes.

Portfolio pelaburan Cik Lee termasuk teksi terbang pertama di China, eHang184, dan bot pembelajaran kecerdasan buatan, Lingochamp.

Menduduki tempat pertama tahun ini ialah Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, 64 tahun. Beliau berada di kedudukan itu selama lapan tahun berturut-turut.

Ini diikuti Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, 62 tahun.

Di tempat ketiga ialah pengarah urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Christine Lagarde, 62 tahun.

Wanita termuda dalam senarai ialah penyanyi dan pemuzik Amerika Syarikat, Cik Taylor Swift, 28 tahun, di tempat ke-68. Wanita tertua pula ialah Ratu Elizabeth II, 92 tahun, di tempat ke-23.

CIK HO CHING

CIK JENNY LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.