Portal 99sme.sg bantu SME laksana teknologi digital, pertingkat niaga

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

SEBUAH wadah e-dagang 99%SME (99sme.sg) baru dilancarkan semalam bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) melaksanakan teknologi digital dengan mudah dan memberikan pelanggan mereka pengalaman berbilang saluran.

Wadah itu dilancarkan bersama oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), Singtel dan DBS, semalam.

Ia dilancarkan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, di Bedok Town Square, semalam.

Wadah itu membolehkan peruncit menawarkan pilihan penghantaran kepada pelanggan dalam talian dengan membolehkan mereka mendapatkan produk daripada kedai mereka.

SME juga boleh mendapatkan data bagi memahami prestasi penjualan kategori produk berbeza dan merancang gabungan produk mereka bagi memanfaatkan sepenuhnya penjualan dan inventori.

Bagi pengguna, wadah itu memudahkan mereka mencari kedai dan produk berdasarkan pencarian mereka.

“Dengan pertumbuhan kukuh e-dagang di Singapura, peruncit kejiranan yang mempunyai kedai boleh memanfaatkan peluang ini untuk menawarkan saluran yang berbilang. Wadah khusus seperti ini membantu mereka dalam pendigitalan di samping bersaing dengan berkesan dalam pasaran sejagat yang terhubung,’’ kata Cik Jane Lim, penolong ketua eksekutif kumpulan rombakan sektor IMDA.

MANFAAT DIGITAL: Cik Sim Ann (dua dari kiri) dengan Encik Bobby Ng, pemilik Thye Hin Hoe Medical Store di Bedok (kiri), salah sebuah firma yang menggunakan wadah 99%SME bagi berinteraksi dengan pelanggan. – Foto SINGTEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.