Makanan sihat tidak semestinya mahal

Berita Harian - - WACANA BAHASA & BUDAYA - AQILAH NORAZMAN [email protected]

ADA tanggapan salah bahawa makanan sihat mahal.

Ia tidak benar kerana kita boleh menikmati makanan sihat tanpa mengeluarkan belanja berlebihan.

Satu sebab saya kerap menyiapkan sendiri makanan saya adalah kerana ia lebih menjimatkan. Seberapa boleh, saya tidak akan makan di luar dan juga mengehadkan membeli minuman seperti kopi.

Sebagai contoh, anda boleh membayar sekitar $12 untuk membeli salad, tetapi boleh menyiapkan salad di rumah dengan harga sekitar $4.

Sebenarnya anda belanja berlebihan untuk ‘keselesaan’ dan bukan untuk membeli makanan sihat.

Satu cara memastikan anda sentiasa sedia memasak di rumah adalah dengan menyediakan bahan-bahan asas sepert minyak, cuka, garam, lada putih dan rempah-ratus lain di rumah.

Saya juga menyimpan tomato dalam tin, tuna dan kacang.

Kedua, anda boleh masak lebih dan simpan makanan yang dimasak itu untuk dimakan kemudian.

Anda boleh melakukan ini untuk menjimatkan masa dan wang.

Ada juga tanggapan salah bahawa makanan dalam tin atau yang dibekukan kurang menyihatkan.

Sebagai contoh, buah beri yang dibekukan telah dibuktikan dalam beberapa kajian, mengandungi zat dan khasiat yang setara dengan buah beri segar. Malah, ada yang mengandungi zat lebih tinggi.

Lebih menyenangkan, beri beku lebih menjimatkan. Anda hanya perlu membayar $9 bagi satu beg buah beri beku dan buah beri dalam lsatu beg tersebut boleh digunakan untuk menyiapkan hidangan untuk 10 orang.

Namun, anda perlu membayar $3.50 bagi satu pek buah beri segar yang hanya cukup untuk dua hidangan.

Bagi saya, menyiapkan makanan sihat dengan bajet yang terhad boleh dilakukan jika kita rajin mencuba.

TIDAK PERLU BOROS: Memulakan diet makanan sihat tidak perlu menjadikan anda ‘muflis’. Menurut Cik Aqilah, anda boleh berjimat dan menikmati makanan sihat jika rajin mencuba dan bijak merancang. – Foto-foto BH oleh IQBAL FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.