Berita Harian

Inisiatif KL galak dialog kerjasama kawal WMD

Langkah anjur perbahasan elak senjata jatuh ke tangan militan: TPM

-

mengenai pengawalan, terutama risiko percambaha­n senjata pemusnah besar-besaran kepada aktivis bukan negara.

“Seramai 63 pembahas dari lebih 50 negara menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Kimoon akan membentang dan menjadi pembahas pertama WMD ini.

“Pembahas dijangka menyentuh beberapa WMD yang pernah berlaku dan sedang dipantau PBB dan jika tiada kawalan masyarakat dunia akan porak-peranda,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Yang turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim.

Bahas isu WMD

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB (UNSC) ke-7,758 bagi membahaska­n isu WMD itu yang bermula jam 10 pagi waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia), semalam. Perbahasan diadakan atas inisiatif Malaysia selaku presiden Majlis Keselamata­n PBB.

Timbalan Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dalam lawatan kerja lima hari juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Pertama Republik Serbia, Ivica Dacic, hari ini.

Beberapa calon yang ingin bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB, termasuk dari Slovenia, Bulgaria, Slovakia, Argentina dan Macedonia juga meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai ahli Majlis Keselamata­n, Malaysia memainkan peranan penting dalam pemilihan Setiausaha Agung baharu, yang akan diputuskan pada akhir tahun ini,” katanya.

Ditanya calon yang disokong Malaysia, Ahmad Zahid berkata, Malaysia percaya kepada keperluan untuk proses pemilihan secara telus dan inklusif.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid mempengeru­sikan debat terbuka bagi mencegah percambaha­n senjata pemusnah besarbesar­an (WMD) pada mesyuarat Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid mempengeru­sikan debat terbuka bagi mencegah percambaha­n senjata pemusnah besarbesar­an (WMD) pada mesyuarat Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia