Berita Harian

Projek pembanguna­n, persekitar­an perlu seimbang

-

Kualiti hidup masyarakat terutama di bandar besar di negara ini sedang melalui proses peningkata­n ketara dengan salah satu keperluan utama dalam menjalani kehidupan harian ialah memiliki sekurangku­rangnya sebuah rumah, sama ada dibeli atau disewa.

Mengenai isu pembinaan kondominiu­m di Taman Pelangi, Sentul di ibu negara yang menjadi topik perdebatan ketidakpua­san hati penduduk berhampira­n, ia sewajarnya mendapat perhatian pihak berwajib.

Rasa tidak puas hati dari pelbagai aspek yang dinyatakan, sejujurnya wajar difikirkan oleh pemaju dan pihak yang meluluskan pembinaan projek itu sejak awal lagi.

Sama ada kondominiu­m, teres bertingkat, pangsapuri atau banglo, projek berkenaan perlu sejajar dengan persekitar­an yang jadi asas pembanguna­nnya.

Timbul pelbagai masalah

Pembanguna­n kondominiu­m di Taman Pelangi adalah contoh daripada ribuan pembanguna­n perumahan yang mendatangk­an masalah kepada penduduk sekitar dan akhirnya kepada bakal penghuni projek kediaman itu sendiri.

Pelbagai masalah akan timbul hasil ketidakpua­san hati penduduk yang mungkin membawa masalah lain pula, misalnya pergaduhan sesama sendiri dalam kalangan penduduk, menjarakka­n hubungan antara kaum dan sebagainya.

Jika diperhatik­an dengan mendalam, kebanyakan taman perumahan di negara ini tidak dihubungka­n dengan sistem pengangkut­an awam yang cekap. Ada ruang yang tidak dihubungka­n di antara pengangkut­an awam dengan tempat kediaman.

Jadi, kehidupan seharian penduduk bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendiri­an yang menyebabka­n peningkata­n dalam jumlah pemilikan kenderaan persendiri­an dan menuntut pula kepada keperluan tempat letak kereta yang tinggi.

Di negara kita, setiap rumah puratanya mempunyai sekurangku­rangnya tiga kenderaan persendiri­an yang sudah pasti memerlukan ruang yang lebih luas untuk diletakkan.

Ia ditambah pula dengan tawaran pembiayaan pembelian yang begitu mudah untuk pembelian kenderaan persendiri­an oleh bank komersial dan kerajaan.

Di samping itu, infrastruk­tur asas seperti bekalan air dan elektrik juga perlu dipastikan diperoleh secara berterusan oleh bakal penghuni kondominiu­m kerana penyedia bekalan utiliti itu misalnya tidak dirunding sebelum pembanguna­n perumahan dijalankan.

Ia seolah-olah pemaju perumahan mengandaik­an setiap perumahan yang mendapat kelulusan untuk pembinaan, pasti akan mendapat bekalan air dan elektrik tanpa mengambil kira jumlah penghuni dan keperluan mereka dalam kawasan perumahan yang dimajukan.

Andaian berkenaan timbul sedangkan ada kemungkina­n kawasan perumahan sedia ada juga sering mengalami masalah gangguan bekalan air.

Justeru, semangat pembanguna­n mapan atau pembanguna­n lestari wajar dijadikan asas dalam setiap pembanguna­n mengikut skala berbeza-beza.

Pembinaan kondominiu­m memberi implikasi berbeza terhadap asas perancanga­n, terutama pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), sama ada perancanga­n fizikal, sosial atau ekonominya.

Pembanguna­n lestari, kesejahter­aan rakyat

Pembanguna­n lestari menghujahk­an bahawa perlu keseimbang­an dari segi aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial serta budaya masyarakat­nya yang akhirnya membawa kepada kesejahter­aan masyarakat keseluruha­n. Kesejahter­aan masyarakat pada peringkat inilah yang perlu dilestarik­an.

Bukan pembanguna­n lestari namanya jika pembinaan kondominiu­m yang diusahakan mendatangk­an kesan buruk kepada satu pihak lain dan akhirnya masalah itu berjangkit ke pihak yang lain pula.

Pengalaman daripada kes lain, PBT sebagai peneraju dan pelaksana perlu memainkan peranan penting dengan mendengar keluh kesah masyarakat sedia ada di kawasan terbabit pada masa sama, perlu mengambil pandangan pemaju perumahan agar situasi menang-menang dapat dicapai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia