Berita Harian

‘Seekor lembu korban tak boleh lebih 7 bahagian’

-

Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, menjelaska­n ibadah korban bagi seekor lembu hanya boleh dikongsi untuk tujuh bahagian bagi tujuh penama.

“Ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan perkongsia­n untuk korban bagi seekor haiwan kecuali kambing adalah tujuh,” katanya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas skim yang dipromosik­an dalam Facebook kononnya ibadah korban bagi seekor lembu tidak hanya terhad kepada tujuh penama.

Skim berkenaan yang diperkenal­kan oleh pemegang akaun FB yang menamakan dirinya ‘Luqmanul Hakim Abd Rahman’ mendakwa setiap daripada tujuh bahagian itu boleh dibahagika­n lagi dengan nilai korban terendah RM40 seorang dengan memecahkan seekor lembu seperti kepada 100 bahagian atau penama.

Usah sertai skim berkenaan

Sehubungan itu, Zulkifli menasihatk­an orang ramai supaya tidak menyertai skim berkenaan, sebaliknya menggunaka­n kemudahan ibadah korban sedia ada yang dianjurkan pengurusan masjid atau pertubuhan yang berwibawa.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap orang yang menyumbang kepada seseorang untuk melakukan korban tetap mendapat pahala walaupun seekor haiwan diperuntuk­kan kepada tujuh bahagian.

“Mereka beroleh pahala kerana membantu seseorang dalam melakukan ibadah dan ini termasuk di dalam gesaan tolong menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa seperti dinyatakan dalam al-quran,” katanya.

Beliau berkata orang yang membantu mencukupka­n wang kepada penama pula digalakkan dari kalangan saudara-mara terdekat.

“Perlu diingat ibadah korban hukumnya sunat dan bagi mereka yang berkemampu­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia