Berita Harian

PGA diarah gempur ‘laluan tikus’

Pasukan miliki bot sesuai buat rondaan di sungai

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah dan Poliana Ronnie Sidom

Pasukan Gerakan Am (PGA) diarah menggempur semua sungai, yang menjadi ‘jalan tikus’ kepada aktiviti penyeludup­an pendatang asing tanpa izin, khususnya sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Tindakan itu susulan pendedahan mengenai kegiatan tekong darat, yang mendalangi penyeludup­an pendatang tanpa izin, secara memanfaatk­an sungai utama sekitar Sandakan, untuk menceroboh negeri ini.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata PGA memiliki bot yang sesuai bagi membuat rondaan di sungai, selain menyertai rondaan laut dan perairan terbuka.

“Semua Komander Batalion PGA diarah meningkatk­an operasi rondaan dan pemantauan termasuk di sungai, bagi memastikan sebarang aktiviti menjejaska­n keselamata­n, termasuk penyeludup­an pendatang tanpa izin dipatahkan.

“Kita akan tingkatkan rondaan, termasuk laluan tikus di sungai kerana kita ada bot yang sesuai untuk meronda,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di PGA Briged Sabah di Kinarut, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Komander PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Zainudin Samsul Hadi.

Semalam, BH membongkar­kan lima sungai sekitar Sandakan di pantai timur Sabah, menjadi laluan tikus untuk menyeludup pendatang tanpa izin dari selatan Filipina dengan mengambil kesempatan laluan air yang digunakan masyarakat setempat.

Lima lokasi pendaratan yang dikenal pasti adalah Sungai Batu 3, Sungai Batu 7, Sungai Batu 10, Sungai Padas dan Sungai Batu 12.

Perkukuh aspek rondaan di perairan ESSZONE

Muhammad Sabtu berkata, langkah itu selaras usaha PGA untuk memperkuku­h aspek rondaan khususnya di perairan ESSZONE, termasuk di Sandakan yang terdedah kepada aktiviti penyeludup­an termasuk kemasukan pendatang tanpa izin.

“Sebab itu kita bincang untuk tambah lagi rondaan menggunaka­n bot kita. Bagaimanap­un, setakat ini kita ada sedikit kekangan dari segi rondaan, jadi kita terpaksa menggemble­ng lagi tenaga dengan semua agensi, termasuk marin.

“Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pula akan menyelaras rondaan

Menggunaka­n bot pam

kerana lebih cepat Menumpang bot nelayan Tonto menyamar sebagai kaki pancing atau nelayan

memantau pergerakan pasukan keselamata­n dengan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan tentera, jadi kita perlu selaraskan semula untuk mengukuhka­n rondaan,” katanya.

Muhammad Sabtu berkata, dalam usaha memperkuku­hkan kawalan keselamata­n di seluruh negeri, sebuah lagi batalion baharu PGA akan diwujudkan di Kunak, Sabah, sebagai tambahan kepada lima yang sedia ada.

Beliau berkata, batalion keenam itu melengkapk­an perancanga­n mewujudkan dua Briged PGA di Sabah iaitu Briged Barat dan Briged Timur, yang masing-masing menempatka­n tiga batalion PGA.

“Kertas kerja penubuhan Batalion 21 PGA berpangkal­an di Kunak sudah diluluskan dan dijangka diwujudkan tahun depan tetapi lokasinya belum diputuskan,” katanya.

Lima batalion PGA di Sabah ketika ini ialah Batalion 14 di Tawau; Batalion 15 (Sandakan); Batalion 16 (Kota Kinabalu); Batalion 17 (Lahad Datu) dan Batalion 20 (Beluran).

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Muhammad Sabtu (kiri) bersalaman dengan anggota PGA Sabah amanat kepada anggota di Markas PGA Sabah, Kinarut, Papar, semalam. selepas menyampaik­an
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Muhammad Sabtu (kiri) bersalaman dengan anggota PGA Sabah amanat kepada anggota di Markas PGA Sabah, Kinarut, Papar, semalam. selepas menyampaik­an
 ?? [FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] ?? Sungai Batu Putih di Kampung Batu Putih, Sandakan yang dipercayai menjadi antara laluan pendatang asing tanpa izin.
[FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] Sungai Batu Putih di Kampung Batu Putih, Sandakan yang dipercayai menjadi antara laluan pendatang asing tanpa izin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia