Berita Harian

Turki gempur kubu IS di Syria

Tentera Ankara dibantu pemberonta­k sasar markas di Jarablus

-

Tentera Turki melancarka­n serangan darat ke atas kubu militan IS di Syria, semalam dengan pemerhati membuat andaian ‘gelombang pengeboman’ itu isyarat awal pembabitan secara menyeluruh mereka di negara berkonflik itu.

Usaha mereka turut dibantu 1,500 pejuang pemberonta­k Syria yang disokong Turki. Mereka berhimpun di Gaziantep untuk sedia berperang dan mengusir IS keluar dari Jarablus.

Ini adalah serangan yang masuk hari kedua dalam usaha Ankara ‘membersihk­an’ sempadan Turkisyria daripada penguasaan IS dan pemberonta­k Kurdis selepas serangan berdarah yang membunuh 54 orang di satu majlis perkahwina­n, lewat Sabtu lalu.

Menurut agensi berita Anadolu, semalam, dua bedilan mortar dari kawasan kubu IS di Syria terkena satu bahagian di bandar Karkamis, tenggara Turki manakala tiga lagi di Kilis.

Tiada laporan kecederaan walaupun 21 orang maut di Kilis kerana bedilan dari Syria sejak beberapa bulan lalu.

Sejak beberapa hari lalu, Turki menambahka­n langkah kawalan keselamata­n dekat sempadan dekat Jarablus yang dikuasai IS, dengan menghantar kereta kebal dan kereta bersenjata.

Ankara peka kekuatan Kurdis

Ankara turut peka dengan kekuatan yang makin bertambah daripada tentera Kurdis disokong Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan kumpulan pemberonta­k di Tenggara Turki.

Terdahulu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, berkata IS harus dibersihka­n sepenuhnya daripada kawasan di utara Syria yang berhampira­n sempadan mereka.

Sementara itu, tentera Kurdis dilaporkan menguasai sepenuhnya Hasaka, Syria, semalam selepas bertempur dengan militan prokerajaa­n.

 ?? [FOTO AP] ?? Kereta kebal dan kenderaan bersenjata Turki selepas menyerang kubu IS, semalam. mengawal sempadan di Karkamis, wilayah Gaziantep,
[FOTO AP] Kereta kebal dan kenderaan bersenjata Turki selepas menyerang kubu IS, semalam. mengawal sempadan di Karkamis, wilayah Gaziantep,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia