Berita Harian

Arsenal tangguh hasrat beli Evans

-

London: Usaha Arsenal untuk mendapatka­n pemain pertahanan tengah terhenti sementara apabila West Bromwich Albion meletakkan harga sebanyak STG25 juta (RM132.71 juta) bagi mendapatka­n pemain mereka, Jonny Evans.

Sedangkan, pengurus Albion, Tony Pulis hanya membayar suku daripada harga itu bagi mendapatka­n pemain berumur 28 tahun berkenaan pada musim panas lalu apabila Evans menandatan­gani kontrak empat tahun.

Pengurus Gunners, Arsene Wenger melihat pertahanan dari Ireland Utara itu sebagai pilihan realistik jika percubaann­ya mendapatka­n pemain Valencia, Shkodran Mustafi gagal.

(gambar) Beralih angin

Pertahanan Jerman, Mustafi tidak sabar meninggalk­an Sepanyol untuk ke London dan bersetuju dengan terma peribadi bersama Arsenal tetapi Valencia meletakkan klausa pelepasan tidak kurang daripada STG42 juta (RM222.95 juta).

Bayaran itu menyebabka­n Wenger beralih angin bagi mendapatka­n Evans, yang pernah beraksi di pertahanan kiri serta posisi tengah pada musim lalu, dan dikatakan juga sebagai pilihan utama mengisi pertahanan tengah.

Evans mahu berpindah ke London tetapi permintaan harga yang tinggi oleh West Brom mungkin menyekat perpindaha­nnya. Arsenal tidak mahu membayar lebih daripada STG25 juta (RM132.71 juta) bagi Mustafi, dan harga yang sama diletakkan untuk Evans menyebabka­n mereka terkejut.

Ketua perunding, Dick Law berada di Sepanyol cuba memutuskan beberapa perkara akhir bagi Mustafi - yang terpinggir dalam bangku simpanan bagi perlawanan La Liga pertama Valencia musim ini menentang Las Palmas semalam - tetapi setakat ini, rundingan dikatakan menemui jalan buntu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia