Berita Harian

Harga minyak pengaruhi pasaran

Kelemahan bursa serantau turut jejas prestasi FBM KLCI

-

(OPEC) akan dapat mencapai keputusan untuk mengurangk­an pengeluara­n semasa rundingan tidak rasmi bulan depan di Algiers, Algeria.

Minyak mentah Brent, penanda aras global bagi minyak, turun 56 sen kepada AS$48.60 satu tong.

Beliau berkata, peniaga juga kekal tidak memasuki pasaran sementara menunggu pemangkin seterusnya daripada Pengerusi Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen, yang dijadual berucap pada Jumaat di persidanga­n tahunan bankbank pusat di Jackson Hole, Wyoming, AS.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 49.75 mata kepada 11,816.67, Indeks FBMT100 susut 49.08 mata kepada 11,525.75 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 64.24 mata kepada 12,443.75.

FBM 70 jatuh 37.35 mata kepada 13,630.54 dan FBM Ace susut 100.38 mata kepada 5,434.43.

Mengikut sektor, Indek Kewangan turun 1.11 mata kepada 14,497.59, Indeks Perusahaan susut 37.17 mata kepada 3,145.49 dan Indeks Perladanga­n berkuranga­n 12.78 mata kepada 7,846.08.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 579 berbanding 263, manakala 388 kaunter tidak berubah, 458 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 1.83 bilion unit bernilai RM1.73 bilion daripada 1.85 bilion unit bernilai RM1.47 bilion pada Isnin.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB naik dua sen kepada RM14.82 dan Maybank meningkat satu sen kepada RM8.

Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM6.66.

Public Bank dan IHH tidak berubah masingmasi­ng pada RM19.80 dan RM6.68.

Dalam kalangan kaunter cergas, Airasia X dan M3 Technologi­es turun satu sen setiap satu masingmasi­ng kepada 46 sen dan 9.5 sen dan Iris jatuh dua sen ke pada 17.5 sen.

Dagang Nexchange meningkat setengah sen kepada 25 sen. Borneo Oil tidak berubah pada 18.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.11 bilion saham bernilai RM1.61 bilion daripada 1.06 bilion saham bernilai RM1.34 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 269.74 juta unit bernilai RM51.74 juta daripada 343.96 juta unit bernilai RM62.35 juta.

Waran berkuranga­n kepada 448.64 juta saham bernilai RM65.20 juta daripada 450.02 juta saham bernilai RM71.08 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 69.87 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (181.64 juta), pembinaan (38.39 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (573.12 juta), teknologi (92.4 juta), prasarana (7.92 juta), SPAC (8.1 juta), kewangan (49.37 juta), hotel (227,800), hartanah (54.64 juta), perladanga­n (25.19 juta), perlombong­an (sifar), REITS (15.23 juta) dan dana tertutup (10,100).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia