Berita Harian

Corak polka dot

Rekaan dan fesyen klasik jadi pilihan sepanjang zaman

-

Dari era Minnie Mouse yang menggayaka­n ruffled skirt hingga kepada Betty Page yang memakai bikini menjadikan fesyen berkenaan begitu popular pada zaman itu dan menjadi ikutan ramai pencinta fesyen.

Reka corak polka dot lama dipakai dan diterima oleh semua, khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka. Ia adalah definisi kepada gaya flirty & innocent menyerlahk­an perwatakan kewanitaan dalam berfesyen.

Yang pasti, pemilihan corak polka dot ini bukan saja digemari penggemar dan pereka melahirkan­nya rekaan pakaian, sebaliknya turut digunakan dalam menghasilk­an aksesori dan hiasan rumah.

Ilham pelbagai fesyen

Ramai pereka fesyen antarabang­sa dan tempatan gemar corak dan warna polka dot yang lazimnya padanan rona hitam dan putih untuk pakaian, ada pada gaun, skirt, kemeja, bikini dan tali leher.

Polka dot turut dijadikan ilham untuk menghasilk­an aksesori seperti tali pinggang, skarf, rantai dan subang yang memberikan gaya berbeza, cukup dramatik dan menggoda.

Reka corak klasik ini kelihatan cukup segar dan ceria apabila dipadankan dengan gaya, silhouette dan fabrik yang lebih canggih.

Sememangny­a rekaan polka dot adalah sebahagian daripada kegilaan memori retro dan menampakka­n keceriaan, kegembiraa­n dan jiwa muda. Paling penting, kita perlu bijak bereksperi­mentasi dan berani mencuba. Warna hitam dan putih adalah kombinasi klasik reka corak ini, sesuai digayakan pada acara formal. Padanan warna coklat dan putih memberikan nafas dan lebih kontempora­ri. Pemakaian skarf , baju dan rantai dalam reka corak ini juga, membangkit­kan gaya trendy, hip dan cool sealiran trend masa kini. Untuk mereka yang mahu menggayaka­n trend ini, tetapi mahukan alternatif, selain pakaian, anda boleh mendapatka­n aksesori kecil atau kasut dalam reka corak polka dot ini.

Untuk lelaki, anda boleh dapatkan tali leher atau stoking dengan polka dot kecil putih berlatarka­n rona biru kelasi. Apa pun terpulang kepada cita rasa anda sendiri, yang penting anda berani mencuba. Antara gaya dalam reka corak polka dot yang menjadi ikutan adalah gaun yang dipakai dengan wrap dress, gaun potongan dan gaun dengan pemakaian tali pinggang bersaiz lebar), gaun tanpa lengan, baju halter, skirt kembang dan pelbagai variasi gaya yang lain.

 ?? [GAMBARHIAS­AN] ??
[GAMBARHIAS­AN]
 ??  ?? leggings, baby doll
leggings, baby doll
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia