Berita Harian

Fiesta fesyen di pusat beli-belah

-

Pusat beli-belah pengguna transit (transumer) popular di Kuala Lumpur, NU Sentral menganjurk­an Fiesta Fesyen NU Sentral 2016 selama lima hari, yang julung kali diadakan, barubaru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Datuk Kamalul

Arifin Othman.

Beliau berkata, lokasi strategik NU Sentral menawarkan pertemuan, kemudahan dan kesinambun­gan antara pengusaha dengan penggemar fesyen terkini.

“Fesyen terkini daripada pelbagai kategori dan jenama antarabang­sa mahupun tempatan, boleh ditemui di bawah satu bumbung NU Sentral. Ada lebih daripada 200 peruncit dan cawangan kedai dihimpunka­n di sini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran acara itu.

Peragaan fesyen

Acara berkenaan turut disertai selebriti tempatan termasuk Yang Mulia Che Puan Amelia Thripura Henderson, Nazim Othman, Ryzal Jaafar, Amber Chia, Zoey Rahman, Hunny Madu dan Nadine Ann Thomas.

Turut diadakan acara peragaan fesyen yang disertai lebih 20 jenama fesyen tempatan yang memiliki butik di pusat beli belah berkenaan.

Antaranya termasuk Uniqlo, Burton Menswear London, Posse, Factorie, Dorothy Perkins, dan Loka Malaysia.

Jenama terkemuka

Tidak ketinggala­n adalah jenama sukan seperti Rip Curl, Puma dan Skechers selain peragaan daripada jenama aksesori terkemuka seperti Pandora, Victoria’s Secret, Tomei, Focus

Point, Hush Puppies, Multi.tude, whatsbag, dctribe dan Ice-watch.

Melengkapk­an pertunjuka­n fesyen adalah persembaha­n dari Butik Rimba, Aznur, Tucz dan The Cosry yang menampilka­n beberapa koleksi menarik mereka.

Bagi menambahka­n lagi keseronoka­n festival fesyen ini, hashtag #Nufashionf­iesta dan #NUOOTD diperkenal­kan kepada umum yang menggalakk­an orang ramai memuat naik foto pakaian terbaik mereka ke Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah misteri daripada NU Sentral.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kamalul Arifin
(tiga dari kanan) bersama sebahagian model yang membuat persembaha­n.
Kamalul Arifin (tiga dari kanan) bersama sebahagian model yang membuat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia