Berita Harian

‘Hilang’ demi Biar Aku

-

Sebaik saja program realiti Mentor Milenia 2016 tamat, Mac lalu, ramai juga peminat rancangan siaran TV3 itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila keputusan akhir berpihak kepada protege Hazama, Fareez Fauzi.

Kebanyakan pengikut rancangan itu berasakan anak didik Black, Qody, atau nama sebenarnya, Rossaidi Abdul Rani, 22, lebih layak diangkat sebagai juara.

Meskipun mendapat sokongan meluas ketika itu, namun kehadiran Qody dalam industri seni suara seakan-akan ‘tenggelam’ beberapa bulan kemudian.

Seperti dialami kebanyakan peserta rancangan berbentuk pencarian bintang realiti lain, anak muda itu berdepan situasi lebih kurang serupa. Tidak banyak liputan diberikan kepadanya sejak rancangan itu menutup tirai.

Single pertama bakal dipromosi

Bertemu bakat kelahiran Langkawi, Kedah, ini, Qody tidak menafikan perkara berkenaan. Bagaimanap­un beliau menjelaska­n, ‘kehilangan­nya’ itu bukan sia-sia, sebaliknya menjadi peluang untuk dirinya menghasilk­an single pertama berjudul Biar Aku.

“Antara sebab mengapa saya seakan-akan tenggelam mungkin kerana single pertama saya belum lagi hit, malah memang tidak ramai yang tahu pun mengenai kewujudan lagu itu. Ia sebenarnya belum diberikan sebarang promosi lagi.

“Jadi, bagi mempromosi­kan lagu dan diri sendiri, saya perlu bergerak lebih aktif dengan mengunjung­i stesen televisyen dan radio, di samping bantuan media cetak. Mereka diharapkan boleh membantu menaikkan nama saya selepas ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Teruja dan bersyukur

Qody akui teruja untuk memperkena­lkan single ciptaan sepenuhnya komposer terkenal, Edry Abdul Halim, itu. Beliau menaruh harapan tinggi pada naskhah berkenaan kerana ia dihasilkan oleh bukan calang-calang pencipta.

Kata Qody, sebelum ini beliau mengenali Edry sebagai artis dan pencipta lagu yang hanya dapat dilihat di kaca televisyen dan dibaca menerusi media cetak.

“Rata-rata lagu ciptaan abang Edry memang mendapat sambutan dan memberi kesan kepada pendengar. Saya teruja dan bersyukur kerana berpeluang bekerjasam­a dengan beliau. Sebelum ini saya hanya mengenalin­ya menerusi bacaan majalah dan menonton di TV.

“Bekerja dengannya satu pengalaman baharu. Saya dapati beliau seorang yang tegas kerana mahu menghasilk­an karya berkualiti dan terbaik. Jadi, sudah tentu saya mengharapk­an lagu pertama ini mampu membuka mata orang ramai terhadap kehadiran saya, seterusnya menonjolka­n kemampuan saya dalam industri seni.

“Saya turut menyimpan matlamat mahu bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), suatu hari nanti,” katanya yang akan menjelajah ke stesen radio di seluruh negara untuk memperkena­lkan single sulungnya itu.

Kumpulan tiada nasib

Berkongsi pengalaman dalam dunia muzik, Qody memberitah­u, beliau pernah mempunyai kumpulan muzik yang ditubuhkan sejak 2012 di Langkawi.

Begitupun katanya, kumpulan muziknya langsung tidak bernasib baik untuk menempa nama dalam arena muzik tanah air walaupun beberapa kali berusaha menghantar lagu mereka untuk dimainkan di stesen radio.

“Dianggotai tujuh pemuzik, kumpulan kami lebih banyak menghasilk­an lagu berunsur ketuhanan. Lagu terbabit dihasilkan anggota kumpulan ini sendiri, tetapi ia tidak diberi peluang diputarkan di corong radio walaupun kami sudah beberapa kali cuba menghantar­nya,” katanya yang menjadi satu-satunya anggota kumpulan terbabit yang merantau ke ibu kota.

Beliau yang turut dilantik sebagai Ikon Belia Langkawi 2016 kini tidak lagi bersama kumpulan berkenaan, tetapi pulang sekali-sekala ke sana andai ada jemputan untuk mengadakan persembaha­n diterima.

Qody turut berkata, dirinya tiada perancanga­n untuk membawa kumpulan terbabit ke Kuala Lumpur buat waktu ini kerana mahu memperkuku­hkan karier solonya terlebih dulu.

“Selepas saya menyertai Mentor, mereka belum ada vokalis pengganti. Namun, kawan-kawan tidak berkecil hati, sebaliknya mereka menasihati saya supaya memajukan diri selain menyaranka­n saya mencipta nama sebagai penyanyi dulu di sini,” katanya.

 ?? [ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI /BH ] ??
[ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia