Berita Harian

Wang RM1.1J dalam dinding rumah

-

Alor Setar: Kira-kira 24 jam selepas penahanan seorang penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai sebanyak RM1.1 juta, dipercayai hasil suapan di rumah suspek di Kampung Sungai Daun di sini, semalam.

Wang tunai itu yang dipercayai sebahagian daripada anggaran RM3 juta hasil kegiatan rasuah, ditemui dalam ruang rahsia dalam dinding kayu di bilik tidur utama rumah suspek selepas digeledah kira-kira jam 3.30 petang.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, berkata wang tunai itu ditemui selepas pihaknya memecahkan bahagian dinding kayu yang diubahsuai.

Isi duit dalam kotak coklat

“Selepas dinding kayu itu dipecahkan, kami menemui berpuluh kotak coklat dan bekas fail yang dimuatkan wang tunai RM50 dan RM100... selepas dikira, keseluruha­n wang tunai itu RM1.1 juta.

“Kejayaan ini susulan siasatan ke atas suspek dan beberapa kontraktor. Suspek dipercayai menerima suapan lebih RM3 juta dan kita percaya siasatan akan membawa kepada penemuan baki wang yang dikumpul suspek dengan cara rasuah,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Kelmarin, seorang penolong jurutera kanan ditahan SPRM selepas disyaki menyalahgu­nakan kuasa dan meminta rasuah di rumahnya khususnya membabitka­n projek penyelengg­araan dan naik taraf jalan di daerah Sik.

Mohd Fauzi berkata, SPRM turut membekukan dua akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik suspek dan isterinya yang membabitka­n nilai keseluruha­n kira-kira RM600,000 untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Mohd Fauzi (kanan) melihat pegawainya mengira wang tunai dianggarka­n RM1.1 juta yang dirampas di kediaman seorang Penolong Jurutera Kanan JKR di Kampung Sungai Daun, Batu 14 pada sidang media di Pejabat SPRM Kedah, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Mohd Fauzi (kanan) melihat pegawainya mengira wang tunai dianggarka­n RM1.1 juta yang dirampas di kediaman seorang Penolong Jurutera Kanan JKR di Kampung Sungai Daun, Batu 14 pada sidang media di Pejabat SPRM Kedah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia