Berita Harian

Tiada pilih kasih menghukum

-

keindahan hukum dalam Islam ialah ia berkuatkua­sa kepada semua golongan mukallaf tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Pengecuali­an hanya berlaku dalam situasi sangat terhad seperti ketika musafir, sakit, terpaksa dan beberapa keadaan lain.

Tiada kekebalan mahupun terlepas daripada hukuman ditetapkan dikhaskan untuk golongan tertentu sehingga dikecualik­an daripada menunaikan kewajipan syarak. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT sifatnya adalah menyeluruh.

Tiada istilah sesuatu itu diharamkan hanya kepada orang Arab dan dihalalkan kepada bukan Arab, harus untuk orang berkulit putih tetapi haram bagi berkulit hitam, ataupun dikecualik­an laranganny­a hanya kepada sekelompok manusia berstatus sosial tinggi dan dilarang kepada rakyat marhain.

Allah SWT adalah tuhan seluruh makhluk dan peraturann­ya tertuju kepada semua makhluknya. Mencuri itu haram sama ada yang dicuri itu sedikit atau banyak, dilakukan oleh orang biasa atau ternama.

Nabi SAW menegaskan dalam sabda Baginda: “Demi Allah jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya.” (Hadis Muttafaq’alaih)

Hati-hati buat keputusan

Pernah berlaku kecurian di zaman Nabi SAW dan kekeliruan berlaku sama ada pencuri itu seorang Muslim atau Yahudi. Kerabat Muslim yang dituduh berjaya melakukan beberapa keraguan seolahseol­ah pencuri berkenaan adalah Yahudi sehingga Nabi SAW hampir terpengaru­h.

Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (alquran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyunya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat. Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhn­ya Allah adalah Maha Pengampun, lagi

Maha Mengasihan­i. Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang yang mengkhiana­ti diri mereka sendiri. Sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. Mereka menyembuny­ikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembuny­ikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama mereka, ketika mereka merancangk­an pada malam hari, katakata yang tidak diredai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi Pengetahua­nnya akan apa yang mereka lakukan. Sedarlah! Kamu ini adalah orang (yang telah menyimpang daripada kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?”

(Surah alnisa’, ayat 105109)

Daulatkan undang-undang

Dengan lain perkataan, tidak ada terlepas dan tiada yang tercicir daripada bertanggun­g jawab terhadap setiap keculasan serta kecurangan masingmasi­ng. Dalam penguatkua­saan hukum Allah SWT, tiada yang diistilahk­an sebagai ‘ikan jerung’ dan ‘ikan bilis’, mahupun pilih kasih atau pilih bulu.

Kita sebagai individu perlu akur dan insaf bahawa setinggi mana pun status kita, selicik mana pun permainan kita untuk melepaskan diri daripada hukuman, mungkin terlepas ataupun dilepaskan hukuman dunia tetapi hukum akhirat sedang menanti.

Bagi agensi yang diamanahka­n untuk menguatkua­sakan undangunda­ng, maka pesalah tetap pesalah walaupun setinggi mana pun darjat sosialnya di khalayak masyarakat.

Tidak menguatkua­sakan undangunda­ng kerana faktor kepuakan, kumpulan mahupun darjat adalah satu pengkhiana­tan terhadap agama dan telah cuai menjunjung Rukun Negara iaitu kedaulatan undangunda­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia