Berita Harian

MALAYSIA KINI DALAM FASA REVOLUSI PERINDUSTR­IAN KEEMPAT (INDUSTRI 4.0)

Kemudahan infrastruk­tur kelebihan dimiliki Malaysia

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Ikuti siri pertama temu bual dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud

Ekosistem perindustr­ian yang kukuh menjadi daya tarikan utama kepada pelabur untuk terus melabur di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud (gambar), berkata kebanyakan pelabur, yang sudah lama melabur di negara ini, terus mengekalka­n pelaburan mereka meskipun Malaysia tidak lagi meneruskan dasar perindustr­ian berintensi­fkan buruh.

Galak pelaburan berteknolo­gi tinggi

Beliau berkata, tumpuan kerajaan dalam menggalakk­an pelaburan berteknolo­gi tinggi dan mempunyai nilai tambah yang tinggi disambut baik syarikat multinasio­nal (MNC).

Malah, katanya, MNC yang sudah lama bertapak di Malaysia terus memanfaat infrastruk­tur yang dibangunka­n selama ini dengan memberi tumpuan kepada penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan segmen tambah nilai yang tinggi.

“Peserta industri mengiktira­f Malaysia tidak lagi relevan bagi industri berintensi­fkan buruh.

“Kadang-kadang anda mungkin mendengar MNC menutup operasi mereka dan berpindah ke negara lain, namun pada masa sama, mereka juga mengumumka­n pelaburan baharu dan mengembang­kan operasi mereka dengan memanfaatk­an infrastruk­tur yang mereka bangunkan beberapa tahun lalu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama BH dan New Straits Times di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kelebihan infrastruk­tur

Azman berkata, dari segi infrastruk­tur, Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain di rantau ini.

Beliau berkata, persekitar­an mesra pelaburan dan perniagaan menjadikan pelabur terus mengekalka­n pelaburan mereka di Malaysia untuk tempoh jangka panjang.

“Dari segi infrastruk­tur, undang-undang dan peraturan, ketelusan dan perlindung­an harta intelek (di Malaysia), ia adalah lebih baik berbanding negara lain (di rantau ini).

“Syarikat akan terus kekal untuk tempoh yang lama berikutan infrastruk­tur,” katanya.

Melangkah ke era Industri 4.0, Azman berkata, sejajar dengan corak aliran mega semasa, Malaysia melaksanak­an Revolusi Perindustr­ian Keempat atau Industri 4.0 yang menggabung­kan automasi dan pendigital­an, yang mana sambungan adalah teras untuk memacu revolusi itu.

Hab pembanguna­n Industri 4.0

Beliau berkata, MIDA menggalakk­an syarikat tempatan untuk bangkit dan menyesuaik­an operasi perniagaan mereka dengan teknologi dan proses pintar.

Katanya, Malaysia mempunyai banyak tawaran nilai menarik untuk menjadi hab bagi pembanguna­n Industri 4.0 di rantau ini.

”Sejak 20 tahun yang lalu, sektor pembuatan sudah melaksanak­an barisan pemasangan robotik, kejurutera­an ketepatan dan proses kawalan berkompute­r.

”Syarikat tempatan sudah menjalanka­n R&D, reka bentuk kejurutera­an, inovasi dan integrasi sistem dan membangunk­an jentera dan peralatan (M&E) proprietar­i untuk eksport global,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia