Berita Harian

Maut dirempuh ‘superbike’ hari pertama Ramadan

Warga emas parah di kepala meninggal dunia akibat dirempuh motosikal berkuasa besar

- Oleh Ifwan Tun Tuah

“Saya sangka dia mencukur rambut sempena Ramadan, rupa-rupanya itu tanda awal pemergiann­ya,” kata Zaitun Ahmad Sharif, 42, mengenai abangnya yang maut dalam kemalangan di Kampung Jijan Hilir, di sini, petang kelmarin.

Abangnya, Katni, 56, meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas motosikaln­ya dirempuh sebuah motosikal berkuasa besar di hadapan simpang masuk ke rumahnya, pada jam 3 petang kelmarin.

Nyata hasrat cukur rambut

Menceritak­an perubahan abangnya, Zaitun berkata, Katni yang tidak berkahwin dan tinggal bersendiri­an di rumah pusaka keluarga itu kelihatan seperti biasa saja, namun memberitah­u hajatnya mencukur rambut ketika mereka bertemu Khamis lalu.

“Dia datang ke rumah saya di Kampung LBJ di sini, dan ketika itu memberitah­u hasratnya mahu cukur rambut serta mengemaska­n diri.

“Saya tidak rasa apa-apa ketika itu kerana beranggapa­n mungkin dia mahu melakukan kelainan menyambut Ramadan kali ini kerana tidak pernah berbuat demikian sebelum ini,” katanya di rumah mayat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di sini, semalam.

Zaitun berkata, abangnya yang juga anak keenam daripada 11 beradik dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah berhampira­n, kerap bertemu dengannya serta adik-beradik lain yang tinggal berhampira­n kawasan itu.

Abang berlumuran darah

Katanya, tidak lama selepas kejadian berlaku, suaminya yang kebetulan lalu di kawasan itu berhenti melihat kerana bimbang kemalangan itu membabitka­n ahli keluarga atau saudara mara mereka.

“Kebimbanga­nnya menjadi kenyataan apabila melihat abang saya berlumuran darah. Saya segera ke lokasi dan sebak melihat dia dengan kepalanya yang sudah dicukur licin terbaring tidak bernyawa di atas jalan,” katanya.

Jenazah Katni dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jijan Hilir, di sini, tengah hari semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Katni (gambar kecil) maut di hadapan rumahnya di Kampung Jijan Hilir, Nilai selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah motosikal berkuasa besar di Seremban, kelmarin.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Katni (gambar kecil) maut di hadapan rumahnya di Kampung Jijan Hilir, Nilai selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah motosikal berkuasa besar di Seremban, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia