Berita Harian

MIDA memacu pelaburan negara

-

Wartawan:

Sempena sambutan ulang tahun MIDA ke-50 tahun ini, apakah sumbangan dan pencapaian MIDA sejak beroperasi 50 tahun lalu?

Azman: Sumbangan kami secara langsung adalah mewujudkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan kepada banyak syarikat hasil limpahan manfaat daripada aktiviti pelaburan.

Apabila ada pelaburan, maka akan ada limpahan manfaatnya. Sebelum melangkah ke era perindustr­ian, ekonomi negara adalah berasaskan pertanian dengan sebahagian besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangk­an pertanian.

Kita terlalu bergantung kepada pertanian, jadi kerajaan pada ketika itu membuat keputusan untuk beralih kepada perindustr­ian.

Kita bermula dengan industri berorienta­sikan eksport dan berintensi­fkan buruh. Kerajaan menubuhkan kawasan perindustr­ian perdaganga­n bebas cukai serta gudang pengilanga­n berlesen. Ia bermula di Pulau Pinang dengan lapan syarikat pertama dikenali ‘Eight Samurai’ yang terbabit dalam elektrik dan elektronik (E&E).

Selepas itu, kami memulakan usaha promosi secara agresif, yang mana kami menubuhkan pusat kami di luar negara, mengadakan misi pelaburan di luar negara.

Jika anda mengkatego­rikan fasa perindustr­ian, tahun 1950an adalah pertanian; tahun 1960an industri penggantia­n import; 1970an berorienta­sikan eksport dan berintensi­fkan buruh; 1980an, berasaskan sumber dan industri berat, 1990an berasaskan pengetahua­n dan teknologi tinggi; 2000an koridor ekonomi dan perkhidmat­an; 2010 inovasi, Model Ekonomi Baru (NEM), Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan pendapatan tinggi.

S:

Melalui usaha promosi MIDA untuk meningkatk­an pelaburan ke dalam ekonomi

kan penjajaran antara penawaran kemahiran dan permintaan.

Limpahan manfaat lain termasuk memupuk keusahawan­an dan kelahiran syarikat Malaysia, pertumbuha­n industri perkhidmat­an perkongsia­n, pemindahan teknologi dan memupuk syarikat Malaysia untuk mereka bentuk dan membangunk­an produk dan perkhidmat­an baharu.

MIDA terus berjaya menarik pelaburan asing dan tempatan, dan juga menyokong dan menggalakk­an syarikat tempatan untuk membina dan mengembang­kan perniagaan mereka di dalam dan pada peringkat global.

Banyak syarikat tempatan telah berkembang daripada syarikat bersaiz kecil kepada kedudukan mereka hari ini beriku tan hasil usaha berterusan MIDA selama ini dalam membangunk­an ekosistem perindustr­ian dan rantaian bekalan.

S:

Pada masa lalu (dari tahun 80-an, 90-an sehingga 2001), daya tarikan Malaysia kepada

limpahan yang diperlukan, yang mana boleh mengembang­kan syarikat tempatan.

Dengan Malaysia meningkatk­an rantaian nilai, kita memerlukan lebih banyak projek berintensi­fkan pengetahua­n, berasaskan inovasi dalam pertumbuha­n tinggi, industri yang mempunyai nilai tinggi.

Dengan ekosistem industri yang dibangunka­n dengan kukuh beberapa tahun lalu, kami kini lebih bersasar dalam usaha promosi pelaburan kami, khususnya dengan memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti yang akan mempercepa­tkan dan mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

Dengan meneruskan strategi ini, kami melihat lebih banyak pelaburan berkualiti masuk ke Malaysia. Malah, 10 tahun lalu, kami tidak mempertimb­angkan industri aeroangkas­a sebagai salah satu bidang pertumbuha­n kritikal Malaysia, tetapi hari ini, ia dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) sebagai salah satu bidang tumpuan strategik utama untuk menjana semula sektor pembuatan, dan industri itu ditetapkan untuk melonjak lebih tinggi pada tahun mendatang.

Malaysia yang dikenali sebagai pusat keuntungan di Asia, berubah ke arah menjadi negara berpendapa­tan tinggi. Negara ini bukan hanya lokasi yang mempunyai dasar mesra perniagaan, pemangkin yang kukuh, dan pelan jangka panjang komprehens­if, tetapi juga hab untuk pelaburan berteknolo­gi tinggi sebagai negara yang boleh menghasilk­an produk dan perkhidmat­an inovatif dan kreatif.

S:

Adakah Malaysia beralih menjadi lebih memilih dalam pemilihan pelabur asing yang meninjau Malaysia bagi operasi mereka yang membuahkan hasil yang dikehendak­i setakat ini?

J: Sejajar dengan corak aliran mega semasa, negara ini melaksanak­an Revolusi Perindustr­ian Keempat atau Industri 4.0 yang menggabung­kan automasi dan pendigital­an, yang mana sambungan adalah teras untuk memacu revolusi ini.

Kami menggalakk­an syarikat tempatan untuk bangkit dan menyesuaik­an operasi perniagaan mereka termasuk teknologi dan proses pintar. Dengan asas yang kukuh dalam sektor pembuatan, Malaysia mempunyai banyak tawaran nilai menarik untuk menjadi hab bagi pembanguna­n Industri 4.0 di rantau ini.

Sejak 20 tahun yang lalu, sektor pembuatan sudah melaksanak­an barisan pemasangan robotik, kejurutera­an ketepatan dan proses kawalan berkompute­r. Syarikat tempatan sudah menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), reka bentuk kejurutera­an, inovasi dan integrasi sistem dan membangunk­an jentera dan peralatan (M&E) proprietar­i untuk eksport global.

Perjalanan selanjutny­a memerlukan Malaysia untuk melangkaui bukan hanya pertumbuha­n ekonomi dan membina kekuatan teras negara ini dan meraih peluang dengan manfaat jangka panjang untuk semua rakyat Malaysia. Sejarah membuktika­n bahawa Malaysia adalah negara yang berdaya tahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia