Berita Harian

Padah cinta terlarang, pekebun mati dibunuh

Rakan sekampung marah, cemburu syaki mangsa jalin hubungan dengan isteri

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Seorang pekebun ditemui mati berlumuran darah dipercayai dibunuh di tepi Jalan Pengkalan Sungai Kerang, Padang Gajah, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Wong Chee Kheong, 43, yang masih bujang ditemui dengan kesan luka di kepala, pipi dan lengan, tidak jauh dari rumah suspek di Sungai Kerang oleh orang ramai pada jam 9.35 malam.

Mangsa diserang dari belakang rumah

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata siasatan awal mempercaya­i mangsa diserang dari kawasan belakang rumah suspek sehingga ke lokasi mangsa ditemui kirakira 30 meter dari rumah berkenaan.

“Siasatan awal juga mempercaya­i mangsa diserang disebabkan suspek berusia 34 tahun yang juga rakan sekampung, marah dan cemburu kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan intim dengan isterinya,” katanya di sini, semalam.

Harrith Kam berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan isterinya warga Thailand, menghilang­kan diri selepas kejadian itu dan usaha mengesan mereka sedang dilakukan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bernama Ong Cheng Hwa, 37, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Harrith Kam berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat.

Sementara itu, adik mangsa, Wong Chee Kuang, 40, yang bekerja sebagai tukang masak di Butterwort­h, Pulau Pinang mengetahui kematian abang sulungnya daripada tiga beradik itu malam kelmarin dan bergegas pulang sebelum tiba di kampung kira-kira jam 1 pagi semalam.

Katanya, Chee Keong yang mengusahak­an tanaman nanas dan tinggal bersama ibu mereka jarang bercerita kepada ahli keluarga mengalami sebarang masalah.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Ahli keluarga menuntut mayat Chee Kheong di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Ahli keluarga menuntut mayat Chee Kheong di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, semalam.
 ??  ?? Ong Cheng Hwa
Ong Cheng Hwa
 ??  ?? Wong Chee Kheong
Wong Chee Kheong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia