Berita Harian

Periksa fakta sebelum komen dalam media sosial: Annuar

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mempersoal­kan tahap profesiona­lisme Persekutua­n Pemain Bola Sepak Profesiona­l Antarabang­sa (FIFPRO) selepas menyifatka­n sistem Liga Malaysia (Liga M) sebagai memalukan.

Dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya, beliau yang juga penaja utama skuad The Red Warriors (TRW) mahu penaung kepada pemain profesiona­l itu memeriksa terlebih dulu fakta dengan pihaknya sebelum mengeluark­an kenyataan ‘menjatuhka­n’ pasukan itu di laman sosial.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai profesiona­l tapi mencampakk­an perkara itu di dalam longkang. Mereka memilih menulis dalam media sosial tanpa ada tanggungja­wab memeriksa fakta dan peraturan,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan PIFPRO menyifatka­n tindakan KAFA menandatan­gani pemain import baharu tanpa menyelesai­kan tunggakan gaji pemain lama sebagai memalukan.

Kenyataan itu dibuat menerusi akaun Twitter rasmi FIFPRO selepas melihat KAFA yang masih gagal membayar gaji bekas pemain importnya, Jonathan Mckain, tetapi menandatan­gani pemain baharu tanpa halangan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Sudah lama bersabar

Mengulas lanjut, Annuar berkata, isu pertukaran pemain tidak sepatutnya dibahas kerana ia bertujuan untuk memulihkan reputasi dan mengurangk­an kos perbelanja­an pasukan.

“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap. Menukar pemain tidak semestinya menambah kos terutama bila pasukan ada perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkaitan prestasi mereka atau tahap kecergasan mereka.

“Menukar pemain untuk memperbaik­i prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaik­i aliran keluar masuk wang pasukan. Ia dibuat dengan mengambil kira analisis 'cost-benefit' yang teliti,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar turut menyatakan KAFA sudah lama bersabar dengan bekas pemain yang sering 'bising' di laman sosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia