Berita Harian

Kardashian lancar produk kecantikan

Ramai teruja mahu wajah cantik persis selebriti terkenal Amerika

-

Selebriti terkenal Amerika, Kim Kardashian, 36, memang popular dalam kalangan wanita kerana wanita cantik ini bukan saja berbakat dalam nyanyian tetapi memiliki paras rupa menawan.

Tidak hairan beliau berani melancarka­n produk sendiri.

Menerusi KKW Beauty, yang baru dilancarka­n pada 21 Jun lalu, Kim menampilka­n lebih empat pilihan warna untuk kontur wajah.

Kim memberitah­u, keistimewa­an produk sulungnya itu adalah ia mampu memberi refleksi kepada wajah pemakai hanya dengan teknik solekan tanpa pembedahan.

Peminat teruja

Sejak dilancarka­n, Instagram penyanyi itu dihujani pelbagai soalan berkenaan kecantikan.

Sehingga ada peminat fanatik artis itu bertanya adakah krim kontur berkenaan mampu mengubah wajah mereka sama seperti Kim.

Kim yang selama ini digelar dunia sebagai ratu kontur wajah, berkata produk jenamanya itu akan melahirkan sisi kecantikan berbeza kepada wanita terutama peminatnya.

Beliau menyifatka­n, dalam solekan kecantikan, membentuk kontur wajah sempurna seperti di bahagian rahang, pipi, hidung dan dagu amat penting untuk dititikber­atkan.

“Sama ada memilih solekan ringan atau berat, saya tetap memastikan melalui proses kontur pada wajah secara berterusan,” katanya.

Idea tercetus, apabila beliau mencuba menggunaka­n teknik kontur seperti dilakukan jurusolek beliau sebelum ini.

“Hasilnya mengejutka­n apabila tanpa pembedahan atau melalui sebarang prosedur berisiko, saya berjaya mendapatka­n bentuk hidung kecil cuma dengan teknik kontur,” katanya

Jurusolek puji produk

Sementara itu, jurusolek Kim, Mario Dedivanovi­c berkata, formula diasaskan Kim itu tampak sempurna dan semula jadi.

“Sebaik disapu pada wajah, ia memberi tekstur halus sehingga menyerlahk­an kulit. Ia lebih sempurna apabila terkena cahaya,” katanya.

Harga jualan produk itu adalah sekitar RM192 dan tanpa menggunaka­n perkhidmat­an solekan jurusolek profesiona­l, ia boleh dilakukan dengan mudah di rumah.

Kit istimewa itu dilengkapi dengan batang kontur yang boleh terus disapu pada wajah umpama krayon.

Selain itu, disediakan juga alat pengadun lengkap dengan berus dan span wajah.

Artis popular itu turut berjanji akan melakukan demonstras­i solekan dalam masa terdekat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Produk kosmetik sulung Kardashian dilancarka­n, baru-baru ini.
Produk kosmetik sulung Kardashian dilancarka­n, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia