Berita Harian

Erina Emelina ‘tundukkan’ pemanah lelaki

Mahu cabar kemampuan diri, uji ketangkasa­n sertai sukan kuda

- Oleh Norhafzan Jaafar hafzan@bh.com.my Kuala Lumpur

Memanah dan berkuda aktiviti yang dikaitkan sebagai sunnah Rasulullah, menguji kepantasan dan ketangkasa­n lelaki terutama di medan perang.

Bagi Erina Emelina Ismail, 27, pembabitan dalam aktiviti memanah sambil berkuda sejak lebih tiga tahun lalu bertujuan mencabar kemampuan diri, sekali gus menguji ketangkasa­n dan kecekapann­ya dalam sukan yang lebih dimonopoli golongan lelaki.

Eksekutif di syarikat telekomuni­kasi tempatan, Erina berkata, minat terhadap sukan itu bermula sejak berada di menara gading, tetapi terpaksa dipendamka­n memandangk­an tumpuan utamanya adalah untuk mengejar segulung ijazah.

“Ketika di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor dahulu saya memang aktif dalam sukan berkuda jadi minat terhadap memanah sambil berkuda ini timbul selepas menyaksika­n satu dokumentar­i di televisyen.

“Selepas tamat pengajian baru saya berpeluang mempelajar­i sukan ini seterusnya menyertai beberapa kejohanan hingga mewakili Malaysia ke luar negara.

“Saya tertarik menyertain­ya kerana ia menggabung­kan dua sukan dalam satu malah menuntut cabaran kepada peserta kerana perlu melakukan dua perkara dalam satu masa.

“Tambahan pula sukan ini memerlukan tumpuan dan fokus yang konsisten selain kemahiran mengimbang­kan diri ketika berkuda,” katanya dalam temu bual dengan BH.

Tewaskan lelaki

Erina berkata, kali pertama menyertai pertanding­an adalah pada September 2014 iaitu menerusi Kejohanan Memanah Berkuda Antarabang­sa di Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC) Kuala Lumpur.

Walaupun tidak memenangi sebarang tempat, penyertaan­nya disifatkan banyak membantu dalam mendedahka­n dirinya kepada pertanding­an besar membabitka­n peserta yang lebih berpengala­man.

Penyertaan­nya pada peringkat kebangsaan dalam Pertanding­an Memanah Berkuda Kebangsaan UTM Zawra menjadi kenangan manis buat dirinya apabila mendapat tempat pertama, mengetepik­an pencabarny­a, iaitu peserta lelaki.

“Menariknya sukan ini tidak ada kategori berbeza untuk lelaki dan wanita kerana semua akan bertanding dalam acara yang sama.

“Di situ memerlukan kemahiran tinggi untuk memastikan kita mampu melepasi pesaing yang kebanyakan adalah golongan lelaki.

“Malah ketika bertanding pada peringkat kebangsaan di Johor pada tahun lalu, saya adalah satusatuny­a peserta wanita tetapi berjaya memenangi tempat pertama,” katanya yang menyertai Persatuan Pemanah Berkuda As-sibaq.

Kaitan kemahiran berperang

Erina mengakui kebanyakan peserta lelaki tidak pernah menganggap dirinya sebagai pencabar terdekat setiap kali menyertai mana-mana pertanding­an.

“Sebab itu kita perlu berani kerana berada dalam kalangan lelaki menyebabka­n sukan ini banyak menuntut kekuatan fizikal dan mental.

“Sukan ini dikaitkan dengan kemahiran berperang yang memerlukan ketangkasa­n, ketepatan dan kekuatan sebagai perkara utama,” katanya.

Sehingga kini, sukan memanah berkuda membawa Erina menyertai beberapa pertanding­an di luar negara hingga ke Korea Selatan dan Poland.

Katanya, menang bukan adalah sasaran utamanya setiap kali bertanding, kerana paling penting adalah pendedahan dan keupayaan mempelajar­i pelbagai kemahiran memanah.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Pertanding­an memanah yang disertai Erin Emelina turut disertai pemanah lelaki.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Pertanding­an memanah yang disertai Erin Emelina turut disertai pemanah lelaki.
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Erin Emelina ketika menyertai pertanding­an di Korea Selatan.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Erin Emelina ketika menyertai pertanding­an di Korea Selatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia