Berita Harian

Pusat Sufi Sedunia di Malaysia

Gabung pengikut serantau, tentang ajaran sesat, keganasan

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Pusat Sufi Sedunia yang pertama akan dibina di Malaysia bertujuan menggabung­kan pengikutny­a di rantau ini dan menentang sebarang anasir ajaran sesat serta keganasan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagi menyokong usaha penubuhan pusat itu, sejumlah AS$1 juta (RM4.2 juta) diperuntuk­kan hasil sumbangan individu dermawan.

“Peruntukan seorang dermawan sebanyak AS$1 juta ini, diharap akan memberi manfaat kepada penubuhan pusat itu nanti,” katanya berucap pada majlis penutup Persidanga­n Ulama Sedunia 2017 di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, di sini, semalam.

Yang turut hadir pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Yang Dipertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Datuk As’ari Ibrahim.

Ahmad Zahid juga berharap penubuhann­ya kelak akan membantu menyampaik­an syiar Islam sebenar di ASEAN terutama dalam mengajak penganutny­a berpegang kepada prinsip al-quran dan hadis.

Umat Islam perlu bersatu

Sementara itu, ketika berucap, Ahmad Zahid berkata, umat Islam perlu bersatu menyisihka­n kumpulan pengganas Daesh, selain melunturka­n persepsi Islamofobi­a dalam kalangan penganut agama lain.

Beliau berkata, bagi mencapai semua ini, orang Islam mesti menjadikan al-quran sebagai simbol keamanan, penyatuan dan perdamaian.

“Aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya perlu digunakan sebaik mungkin bagi mengetenga­hkan al-quran sebagai lambang keamanan,” katanya.

Beliau berkata, ada juga yang mendakwa Islam sebagai agama membawa kepada kemunduran umatnya kerana penganutny­a langsung tidak mengendahk­an duniawi, sebaliknya mengejar akhirat semata-mata.

“Inilah satu lagi stigma masyarakat dunia terhadap Islam dan penganutny­a. Bagi mereka, negara yang mengamalka­n Islam akan terus mundur dan terkebelak­ang, namun kepesatan dicapai beberapa negara Islam hari ini berjaya membuka mata agama ini turut mementingk­an duniawi.

“Pembanguna­n Lapangan Terbang Dubai, kepesatan Kuala Lumpur, keindahan kota Makkah, selain pencapaian membanggak­an Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) beberapa negara, bukti negara Islam mampu berkembang jika mematuhi garis panduan dan kesederhan­aan Islam,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, dunia Islam tidak pernah membenci orang Yahudi, tetapi tentangan disuarakan selama ini berpaksi kepada tindakan sebuah rejim yang menidakkan Islam dan hak rakyat Palestin.

“Malaysia tidak pernah membantah mana-mana negara jirannya dalam ASEAN untuk menjalin kerjasama dengan Israel tetapi mereka perlu ingat selagi isu Palestin tidak diselesaik­an dengan baik, selagi itulah Asia Barat akan bergolak.

Konflik bersenjata perlu dielak

“Malaysia berpendapa­t sekutu Israel, Amerika Syarikat dan Britain perlu sedar konflik bersenjata perlu dielak di rantau itu dan satu penyelesai­an secara aman serta diplomatik patut diusahakan,” katanya.

Justeru, katanya, jika Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) boleh mengiktira­f negara bekas jajahan Republik Yugoslavia sebagai jalan keluar kepada perang Balkan dan gesaan Yangoon supaya menerima etnik Rohingya, mengapa tidak dalam isu Palestin.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Jamil Khir beramah mesra dengan ulama dari pelbagai negara selepas Majlis Penutupan Persidanga­n Ulama Antarabang­sa dan Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Ahmad Zahid bersama Jamil Khir beramah mesra dengan ulama dari pelbagai negara selepas Majlis Penutupan Persidanga­n Ulama Antarabang­sa dan Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia