Berita Harian

‘Jangan melobi untuk jadi calon PRU-14’

Terserah kepada pucuk kepemimpin­an parti menentukan

- Oleh Badrul Hizar Ab Jabar dan Amir Mamat

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatk­an pemimpin UMNO pada semua peringkat supaya tidak melobi untuk dipilih calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden itu, sebaliknya berkata, beliau bersama Datuk Seri Najib Razak sudah mempunyai maklumat individu sesuai untuk diangkat sebagai calon.

Beliau berkata, proses pemilihan calon sudah lama bermula dan kini terserah kepada pucuk kepemimpin­an parti untuk menentukan­nya.

“Proses pemilihan (calon) sudah lama bermula, tak perlulah melobi, tak payah.

“Kali ini Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak akan mengambil risiko jika seseorang calon itu tidak dikehendak­i rakyat, tetapi dinamakan Bahagian UMNO (untuk menjadi calon),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) di sini, malam tadi.

Lebih 500 hadiri mesyuarat

Lebih 500 perwakilan UMNO menghadiri mesyuarat berkenaan membabitka­n 58 cawangan di Bahagian Tangga Batu bagi mendengar amanat Timbalan Perdana Menteri.

Yang turut hadir, Ketua Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Idris Haron; Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Ahmad Zahid turut menasihatk­an kepemimpin­an parti supaya tidak mengetepik­an cita rasa dan kehendak rakyat, termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

Pada masa sama, katanya, rintihan orang muda dan golongan veteran juga perlu diambil kira dan diberi perhatian.

“Dalam menghadapi PRU-14, saya berharap BN bukan sahaja mengekalka­n kerusi yang ada, malah fokuskan untuk menambah (merampas) kerusi dimenangi pembangkan­g dengan meningkatk­an jumlah undi,” katanya.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Ahmad Zahid diiringi Idris pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di MITC, Ayer Keroh, malam tadi.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Ahmad Zahid diiringi Idris pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di MITC, Ayer Keroh, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia