Berita Harian

Hanyut dalam watak

Bunga Citra Lestari sukar kembali jadi diri sendiri angkara karakter Angel

-

Ketika ditanya mengapa dia menerima tawaran membintang­i

Bunga memberitah­u, hatinya tertarik dengan skrip dan jalan cerita yang boleh memberi impak kepada masyarakat.

Bunga menambah, ketika mula ditawarkan peluang itu, dia menerima tiga skrip lain dengen genre filem berbeza.

Akuinya, banyak skrip yang diterima bagus cuma dirinya cenderung memilih yang berkenan di hati dan mampu memberi impak serta mencabar kemampuan sebagai pelakon.

“Malah, saya akan terima andai naskhah itu memberi makna yang istimewa pada saya sendiri.

menepati segala ciri itu. “Bagi saya juga, ini adalah panggilan jiwa dan tanggung jawab buat saya. Saya lihat dari sudut pandangan yang berbeza kerana ini adalah masalah sejagat yang harus dibendung.

“Saya terima untuk berlakon dalam kerana mengharapk­an ia mampu membawa perubahan dan membuka mata masyarakat bahawa kejadian ini wujud dan berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Tambah Bunga, hatinya tertarik menerima tawaran produksi kerana kali pertama melakonkan watak peguam.

“Ini adalah sesuatu yang belum pernah diterima selama saya dalam industri. Jadi, ia mencabar bakat saya sebagai pelakon.

“Saya menggemari apa saja drama siri televisyen yang membabitka­n isu mahkamah, apatah lagi, ketika kecil, saya bercita-cita mahu menjadi peguam.

“Jadi, memandangk­an saya dizahirkan hidup sebagai pelakon, watak sebagai peguam pun sudah cukup buat saya merasai pengalaman itu,” katanya yang masih mengimpika­n untuk berlakon dalam filem muzikal.

Bermain emosi

Filem terbitan produksi Falcon Pictures yang juga arahan sutradara, Fajar Bustomni ini membawa isu kemanusiaa­n. Ia bukan saja mengisahka­n percintaan dua insan, sebaliknya mengangkat kisah kekeluarga­an iaitu kasih sayang antara dua beradik, Angel dan Anton yang lama terpisah.

Pada awalnya, dua beradik yang juga anak yatim piatu itu menetap di sebuah rumah kebajikan milik sindiket peminta sedekah. Bagaimanap­un, kerana tertekan dengan hidup yang dipaksa bekerja sebagai peminta sedekah, Angel lakonan pelakon kanak-kanak, Izzati Khanza dan abangnya, Anton (Bima Azriel) lari dari pusat jagaan itu namun terbabit dalam kemalangan.

Sejak itu, Angel dan Anton terpisah. Angel diambil menjadi anak angkat kepada sepasang suami isteri dan kemudian keseoranga­n,” katanya bersyukur kerana suaminya seorang yang sabar dan memahami watak yang dimainkan Bunga.

Filem sudah dipertonto­nkan di Indonesia,

Jun lalu tetapi akan mula memasuki pawagam di seluruh negara mulai 3 Ogos ini.

Bunga berkata, bagi memberi pengalaman dan pengajaran kepada anaknya, Noah, supaya terus bersyukur, Bunga membawa anaknya menonton filem berkenaan.

“Saya alami dilema mahu menetap di Australia, manakala Anton pula hilang entah ke mana. Selepas bertemu cinta dengan seorang doktor, Martin (Joe Taslim), Angel yang juga seorang peguam di negara asing itu kembali semula ke Indonesia bagi mencari abangnya yang sudah 15 tahun terpisah.

Membawakan watak yang berat itu, Bunga mengakui tertekan kerana Angel mengalami kehidupan yang sangat tragik dan gelap, murung serta tertekan kerana keseoranga­n.

“Agak sukar untuk saya melakonkan watak ini kerana sepanjang penggambar­an, saya perlu bermain dengan emosi. Penat kerana ketika itu, saya perlu menangis, berhenti dan kawal emosi. Selepas itu pula, saya kena melepaskan watak itu sekejap dan kembali semula ke set untuk menjadi Angel. Memang sukar buat saya.

“Menangis pula dizahirkan dalam pelbagai bentuk tangisan. Ada yang hanya perlu menitiskan air mata, ada yang histeria malah lebih sukar apabila perlu menterjema­hkan tangisan yang perlu ditahan di dalam hati tetapi reaksi wajah perlu sampai ke hati penonton.

“Jadi, dari awal sampai penghujung filem saya menangis saja,” katanya. membawa anak menonton filem ini atau tidak kerana bimbang ia ‚menyakitka­n‘ anak saya. Bagaimanap­un, saya mahu Noah melihat sendiri kanak-kanak lain yang tidak seberuntun­gnya menjalani kehidupan sukar.

“Saya mahu dia melihat sendiri keadaan sebenar dan belajar bersyukur atas apa yang dia ada. Tujuannya lebih kepada pendidikan dan mahu dia bersyukur kalau ada orang lain yang kurang sempurna. Akhirnya, Noah menangis menonton filem itu,” katanya.

 ??  ?? SKUT SKUT, SKUT SKUT, SKUT SKUT. SKUT SKUT SKUT SKUT SKUT SKUT, Bunga Citra Lestari
SKUT SKUT, SKUT SKUT, SKUT SKUT. SKUT SKUT SKUT SKUT SKUT SKUT, Bunga Citra Lestari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia