Berita Harian

DATUK VIDA MAHU BERDUET DENGAN PSY

Selepas single ‘I Am Me’ raih lebih 3 juta tontonan Youtube

- Oleh Norhafzan Jaafar dan Nor Hatina Shuib bhnita@bh.com.my

Datuk Seri Dr Vida mengidam berduet dengan penyanyi Korea Selatan, Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style, berikutan lagunya, I Am Me semakin mendapat perhatian dunia.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu turut menyasarka­n single berkenaan yang ditonton lebih 3.2 juta di laman Youtube nampu melebihi 100 juta memandangk­an ia semakin mendapat sambutan setiap hari.

Walaupun bukan seorang penyanyi, Dr Vida yakin mampu menyaingi populariti penyanyi itu yang pernah mencetuska­n fenomena dunia.

“Kalau boleh saya nak berduet dengan Psy,” katanya kepada BH ketika ditemui di Istana Datuk Vida, di sini, semalam.

I Am Me lagu ciptaan komposer, Edry Abdul Halim itu juga diharapkan mampu menjadi malar segar yang tak lapuk ditelan zaman.

Dalam masa dua minggu disiarkan di laman perkongsia­n video, Youtube lagu berkenaan sudah mencecah 3.2 juta tontonan di 172 negara.

Harap lagu dapat perhatian dunia

Dr Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 45, berkata beliau sememangny­a berharap lagu itu mendapat perhatian dunia tetapi tidak langsung menjangka sambutanny­a cukup luar biasa.

“Saya sangkakan ia mengambil masa yang panjang untuk diterima ramai, tapi ternyata lagu ini mampu menjadi tular dalam masa yang singkat.

“Seperti yang saya harapkan ia jadi fenomena bukan saja di negara ini tapi di banyak negara,” katanya.

Dr Vida berkata, beliau memberikan tempoh setahun sebelum muncul dengan lagu baharu.

Malah beliau turut menyatakan keinginan untuk memiliki rancangan bual bicara sendiri.

“Saya juga nak jadi macam Oprah Winfrey yang ada rancangan bual bicara sendiri untuk pasaran dunia.

“Untuk pasaran tempatan memang sudah ada cuma menunggu masa untuk disiarkan di televisyen tempatan dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Dr Vida tak sangka lagu I Am Me mendapat sambutan luar biasa.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Dr Vida tak sangka lagu I Am Me mendapat sambutan luar biasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia