Berita Harian

JANGAN GANTUNG JURULATIH TERLALU LAMA: PJBSM

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) meminta Dollah Salleh mengemukak­an rayuan berhubung hukuman yang dikenakan ke atasnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden PJBSM, B Sathianath­an berkata rayuan yang dibuat itu mungkin akan mengurangk­an tempoh penggantun­gannya selama sembilan bulan tidak boleh terbabit dengan aktiviti bola sepak bawah kelolaan FAM.

Malah, beliau turut mengesahka­n jurulatih Pahang itu belum menghubung­i PJBSM untuk mendapat bantuan terhadap rayuan yang akan dibuat.

“(Dollah) belum berhubung dengan kami, tapi saya difahamkan dia sudah berjumpa dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden FAM).

FAM akan buat pertimbang­an

“Jadi, saya fikir dia akan buat rayuan terus kepada FAM. Apapun kita minta dia buat rayuan.

“Mungkin FAM akan buat pertimbang­an dan kurangkan penggantun­gan dia, jangan Dollah tidak membuat rayuan pula,” kata kepada BH Sukan, semalam.

BH Sukan sebelum ini turut melaporkan bertapa PJBSM bersedia untuk membantu Dollah mengemukak­an rayuan kepada badan induk itu.

Dollah digantung selama 18 bulan dan denda RM30,000 selepas kenyataann­ya terhadap mutu pengadilan Liga M sebelum ini didakwa boleh menjatuhka­n reputasi FAM.

Penggantun­gan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) dan baki 9 bulan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh terlebih dahulu, tertakluk kepada kepada kelakuan baik beliau.

Dia didakwa melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakanny­a yang membuat kenyataan atau komen di media berhubung isu yang membabitka­n FAM tanpa kebenaran.

 ??  ?? Pasukan Pahang menjalani sesi latihan tanpa kelibat Dollah yang digantung 18 bulan.
Pasukan Pahang menjalani sesi latihan tanpa kelibat Dollah yang digantung 18 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia