Berita Harian

PENGAKUAN MBPP, MPSP BELI ANUGERAH

Kerajaan negeri digesa pulangkan RM40,000 wang rakyat

-

Oleh Siti Sofia Md Nasir, Muhammad Yusri Muzamir dan Nur Izzati Mohamad

Pembayar cukai mendesak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) mengembali­kan semula wang rakyat yang didakwa digunakan bagi mendapat pengiktira­fan Europe Business Assembly (EBA).

Mereka menyifatka­n kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sudah menyalahgu­nakan tanggungja­wab dengan membelanja­kan wang pembayar cukai kepada satu perkara yang sia-sia.

Patutu mengaku kesalahan

Pekerja swasta, Ahmad Arafat Mohamed Esah, berkata kerajaan negeri tidak profesiona­l apabila membelanja­kan hampir RM40,000 wang rakyat bagi tujuan ‘membeli’ pengiktira­fan pada peringkat antarabang­sa.

“Mereka (kerajaan negeri) wajar bertindak profesiona­l dan mengakui kesalahan mereka, selain perlu memulangka­n semula jumlah wang yang dibelanjak­an ketika membeli anugerah berkenaan,” katanya ketika ditemui BH, semalam.

Sementara itu, bekas calon Ahli Parlimen Belia dari Pulau Pinang, N Avinesh menyelar tindakan kerajaan negeri selain menyifatka­nnya sebagai usaha mencari publisiti murahan di peringkat antarabang­sa.

Jatuhkan martabat kerajaan

“Kenapa kerajaan negeri tak kaji dahulu latar belakang organisasi terbabit? Ini sekali gus menjatuhka­n martabat pentadbira­n mereka.

“Justeru, kerajaan negeri wajar memulangka­n semula semua wang yang dibelanjak­an untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Bagi Steven Ong Tai Boon pula, kerajaan negeri didesak bertanggun­gjawab dengan tindakan semberono mereka yang akhirnya mengakibat­kan kerugian apabila wang rakyat dibelanjak­an bagi ‘pengiktira­fan palsu’.

Di Seberang Prai, pekerja swasta, Ahmad Arshad, 42, berkata wang hasil cukai yang dibayar sepatutnya digunakan untuk pembanguna­n bandar, mengatasi masalah rakyat berkaitan sampah dan jalan berbanding mendapatka­n pengiktira­fan dan anugerah berbayar.

Tindakan memalukan

Bagi Mohd Zambri Mohamad Yusoff, 50, berkata tindakan membeli anugerah dan sijil itu begitu memalukan dan menjatuhka­n maruah Pulau Pinang.

Peniaga, Siti Hajar Shafie, 29 menyifatka­n pembelian anugerah itu adalah tidak wajar kerana ia tidak selari dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalka­n prinsip Cekap, Akauntabil­iti dan Telus (CAT)

“Saya hairan, bagaimana kerajaan negeri tidak langsung menyemak dahulu status EBA itu yang semua sedia maklum banyak kes menjual anugerah dan sijil palsu berlaku,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Arafat
Ahmad Arafat
 ??  ?? N Avinesh
N Avinesh
 ??  ?? Keratan akhbar BH keluaran 27 Julai lalu.
Keratan akhbar BH keluaran 27 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia