Berita Harian

Ahli kena ada mentaliti mesti menang PRU

Pembangkan­g sentiasa cari jalan yakinkan rakyat tolak kerajaan pimpinan UMNO

- Oleh Abdul Razak Raaff raaffar@bharian.com.my

Semua pemimpin dan ahli UMNO perlu memiliki mentaliti untuk memenangka­n UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata mereka tidak boleh bertolak ansur dalam soal itu kerana hanya yang menang sahaja akan dipilih sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata, pemimpin dan ahli UMNO sepatutnya sudah mengetahui kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan bagi mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang.

“Pada pilihan raya, tiada guna menjadi naib juara kerana juara yang menang sahaja terpilih menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Guna pelbagai taktik

Pembangkan­g akan sentiasa cari jalan untuk meyakinkan rakyat supaya menolak kerajaan pimpinan UMNO dan BN.

“Mereka akan menggunaka­n apa sahaja taktik untuk merampas kerajaan, termasuk fitnah dalam media sosial,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar merangkap Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Wanita, Datuk Roslin Abdul Rahman; Ketua Pemuda UMNO, Ahmad Nilhakim Abdul Rahim dan Ketua Puteri, Rohana Abdul.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan, berkata rakyat perlu sedar peranan UMNO dan BN meningkatk­an kualiti hidup dan memperbaik­i sosio budaya semua lapisan masyarakat sejak mencapai kemerdekaa­n.

“Sebab itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk memastikan kualiti hidup generasi muda sekarang bertambah baik pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, semua pemimpin dan ahli UMNO bahagian serta cawangan di Pahang digesa terus mendekati generasi muda dalam tempoh enam bulan akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pahang berkata, gerak kerja pada peringkat cawangan dan bahagian bersama generasi muda perlu dilaksanak­an dengan lebih kerap, termasuk menyelesai­kan masalah mereka.

“Cara pemikiran dan mentaliti pemimpin dan ahli parti kena berubah dan sentiasa memikirkan kemenangan parti pada pilihan raya dan tidak boleh guna pendekatan sama seperti dahulu,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Mahdzir bersama Adnan beramah mesra dengan veteran UMNO pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Mahdzir bersama Adnan beramah mesra dengan veteran UMNO pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia