Berita Harian

UMNO Tebrau lulus usul diberi kerusi Parlimen

-

Johor Bahru: Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tebrau meluluskan usul mendesak supaya kerusi Parlimen Tebrau, diserahkan kepada parti itu, sebagaiman­a statusnya sebelum persempada­nan semula pada 2004, selain pola kecenderun­gan pengundi Melayu memberi kelebihan kepadanya meraih kemenangan.

Pada masa sama, perwakilan bahagian itu meminta supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa diserahkan kepada MCA kerana menyantuni majoriti pengundi Cina, manakala DUN Tiram terus kekal kepada UMNO, sebagai pelengkap konsep pemulangan kuota dua kerusi.

Perwakilan juga bersetuju supaya kedudukan kerusi untuk kuota MIC, ditentukan BN Johor berikutan sebelum ini ia dipinjamka­n kepada Tebrau pada PRU-13.

Usul itu dikemukaka­n Ahli Jawatankua­sa Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Mohd Shahrul Alim Jalal, sebelum mendapat sokongan perwakilan.

Perubahan geopolitik

Mohd Shahrul Alim dalam ucapannya, berkata perubahan geopolitik di Tebrau memerlukan perhatian serius semua pihak dan situasi berbeza apabila melalui zaman persempada­nan semula pada 2004, malah terus berbeza apabila melalui tsunami politik masyarakat Cina kepada pentadbira­n negara.

Katanya, pada awalnya, UMNO Bahagian Tebrau mempunyai kuota dua kerusi iaitu Parlimen Tebrau dan DUN Tiram tetapi selepas persempada­nan semula, ia mempunyai DUN Tiram dan Puteri Wangsa.

Bagaimanap­un pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, kerusi Puteri Wangsa diberikan kepada MIC sebagai gantian kerusi DUN Permas yang diberikan kepada UMNO.

Selain itu perwakilan juga bersetuju, walaupun kepemimpin­an tertinggi parti mahu calon bertanding perlu mempunyai ciri winnable dan likeable, UMNO Bahagian Tebrau menegaskan mereka tidak mahu ada calon wecable merujuk kepada calon dari luar kerana yakin dengan kewibawaan barisan pimpinan UMNO bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia