Berita Harian

Gesa bentang idea jana ekonomi

-

Georgetown: Pakatan pembangkan­g digesa membentang­kan idea untuk menjana ekonomi negara secara terperinci, sekiranya benar-benar mahu memansuhka­n sistem Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pemimpin pembangkan­g perlu mengetenga­hkan idea yang realistik untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM41 bilion, sekiranya GST dimansuhka­n.

“Pembangkan­g cakap senanglah, mereka perlu bagi tahu macam mana mahu hendak dapat RM41 bilion (hasil daripada sistem percukaian GST) sekarang ini. Dalam politik ini, semua boleh berjanji tetapi yang penting adakah ia ditunaikan?

Turunkan kadar

“Contohnya pengenalan sistem pengangkut­an awam moden, Transit Aliran Massa (MRT), mereka kata boleh buat lebih murah. Kalau betul, buatlah di Selangor,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bayan Baru di sini, semalam.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dilapor berkata pakatan pembangkan­g tidak bersedia membatalka­n GST, sebaliknya mungkin hanya menurunkan kadarnya kepada sifar peratus, jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pendirian pembangkan­g yang mahu mengekalka­n sistem percukaian GST pada kadar sifar peratus itu turut mendapat pelbagai maklum balas negatif, selain ia disifatkan sebagai asas menunjukka­n pakatan itu tidak konsisten.

Dalam pada itu, Johari yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menyifatka­n kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai pentadbira­n yang hanya mengambil kesempatan di atas kejayaan hasil daripada asas kukuh diperkenal Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia