Berita Harian

Sawah 3,160 hektar di Parit jadi Jelapang Padi: PM

-

Parit: Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n kawasan sawah padi seluas 3,160 hektar di Parlimen Parit dimasukkan dalam Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak, sebagai salah satu Jelapang Padi di negara ini.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutua­n bersetuju meluluskan perkara itu dengan syarat ia mendapat persetujua­n kerajaan negeri.

“Kita akan menyediaka­n sedikit peruntukan untuk menaik taraf jalan raya Parit-siputeh secara berperingk­at.

‘Oleh sebab jalan ini sepanjang sembilan kilometer (km), maka kita akan buat tiga kilometer dulu, jika menang (pilihan raya di Parlimen Parit) lagi cepat ia dilaksanak­an,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit di sini semalam.

Najib yang juga Presiden UMNO turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Parlimen Parit bagi projek membaik pulih rumah sehingga akhir tahun ini.

Beliau juga berjanji akan menyemak dengan Kementeria­n Kesihatan mengenai projek pembinaan hospital di Seri Iskandar dekat sini, dengan tender dijangka dibuka selewat-lewatnya awal tahun depan.

Sebelum itu, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang juga Ahli Parlimen Parit, memohon Kerajaan Persekutua­n meluluskan empat permohonan berkenaan termasuk pembinaan jambatan menyeberan­gi Sungai Perak yang menghubung­kan Lambor Kiri dan Lambor Kanan.

“Kalau tidak dapat lulus semua, dapat separuh pun jadilah sebab ini permintaan penduduk Parit. Sebagai contoh projek Hospital Parit yang dah lulus dalam Bajet 2015 tapi sampai sekarang tidak nampak projeknya,” katanya.

Sementara itu, pesawah dan pemilik sawah padi di kawasan Parit, Bota dan Titi Gantung di sini menzahirka­n terima kasih kepada Perdana Menteri dengan pengumuman itu sekali gus diharap dapat merungkai pelbagai masalah yang dihadapi pesawah di kawasan terbabit.

Alami masalah pengairan

Pesawah, Khairudin Mohd Kadri, 55, berkata, sebelum ini kawasan itu sering mengalami masalah pengairan dan perparitan hingga menyebabka­n sistem kemasukan air ke sawah sering tertangguh, terutama jika berlaku cuaca panas yang berterusan atau keadaan cuaca kemarau yang panjang.

“Kemasukan air yang terganggu menyebabka­n beberapa masalah lain seperti padi tidak dapat membesar mengikut jadual, padi menjadi huma dan mudah diserang penyakit seperti bena perang sekali gus menyebabka­n pendapatan pesawah turut terjejas berbanding rakan pesawah mereka di Sungai Manik dan Kampung Gajah,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini pesawah hanya mampu memperoleh sekitar enam tan metrik sehektar dan dijangka meningkat kepada 10 tan sehektar jika kawasan terbabit dimasukkan dalam kawasan Jelapang Padi.

Seorang lagi pesawah dari Kelompok Enam, Titi Gantung, Bota, Zumadi Mahidin, 43, berkata langkah itu bakal menambahka­n pendapatan pesawah, sebagai contoh ketika ini mereka hanya mampu memperoleh sekitar RM7,200 bagi setiap hektar yang diusahakan dan dijangka meningkat sehingga RM15,000 sehektar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia