Berita Harian

Masjid Al-aqsa menunggu suara perpaduan Islam

-

Peristiwa yang melanda bumi Palestin di tangan regim Yahudi dan Zionis antarabang­sa, dengan penceroboh­an secara terang-terangan ke atas Masjid Alaqsa, kiblat pertama umat Islam, menimbulka­n rasa sedih, marah, kesal dan seribu satu kehampaan yang di rasakan oleh umat Islam keseluruha­nnya.

Kepentinga­n bumi yang terletakny­a Masjid Al-aqsa dinyatakan di dalam Al-quran mengenai Nabi yang turun dan mendiami bumi suci Palestin ini dengan jelasnya iaitu seperti Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaaqub, Yusuf, Salih, Daud, Sulaiman, Isa dan Nabi lain lagi. Nabi dan Rasul terakhir, Baginda Rasulullah

SAW, diberi penghormat­an yang amat mulia oleh Allah SWT dengan pengembara­annya ke bumi suci ini dan persinggah­annya pada waktu malam Israknya di masjid Al-aqsa dalam peristiwa Israk dan Mikraj baginda dalam satu peristiwa mukjizat yang besar seperti disebutkan di dalam Surah Al-isra’.

Masjid Al-aqsa yang terletak di bumi Palestin adalah kiblat pertama umat Islam dan menjadi masjid suci, di samping masjid Alharam di Makkah dan masjid Alnabawi di Madinah. Umat Islam kini bebas melawat dan beribadah di kedua-dua masjid yang terletak di bumi Saudi, di Makkah dan Madinah. Tetapi amat malang sekali sebuah masjid suci yang menjadi kiblat pertama iaitu masjid Al-aqsa kini terletak di bawah kekuasaan regim Israel selepas kekalahan Arab kepada Israel dalam peperangan lima hari pada Jun 1967.

Rosakkan masjid

Sejak penaklukan Zionis pada Jun 1967, pihak Zionis melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan masjid Al-aqsa. Hanya beberapa hari sahaja selepas penaklukan­nya, mereka merobohkan dinding Al-magharibah di sebelah barat masjid dan diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang Yahudi.

Dalam usaha mereka untuk menemui bukti sejarah mengenai kehadiran (Solomon’s temple) di kawasan utara dan barat kota Baitul-maqdis, mereka menjalanka­n kerja galian dan pembungkar­an yang besar di kawasan itu, tetapi mereka tidak menemui bukti yang mereka cari itu, malah bukti sejarah yang mereka temui menunjukka­n bahawa bandar dan kota ini adalah kota suci Islam.

Sekurang-kurangnya tiga faktor yang menjadikan Palestin amat penting kepada umat Islam, iaitu kesucian masjid Al-aqsa sebagai kiblat pertama, kedua kerana kekejaman hebat yang dilakukan oleh regim Israel dan gerakan Zionis antarabang­sa yang dilakukan terhadap umat Arab dan Islam. Ketiga ialah serangan mental dan fizikal yang dilakukan oleh regim berkenaan dan gerakan Zionis antarabang­sa di Amerika Syarikat dan Eropah sehingga mereka berjaya memecah-belahkan tanah Palestin dan rakyatnya serta umat Islam seluruhnya.

Rampas tanah Palestin

Negeri Zionis yang dijadikan negara Israel di Palestin, ditubuhkan pada 14 Mei 1948 di atas sekeping tanah yang kecil sahaja, tetapi mereka merampas tanah Palestin dengan kadar 77 peratus dan mengusir kira-kira 800,000 penduduk Palestin yang terus menerus menjadi pelarian perang, iaitu ketika mereka memenangi peperangan dengan Arab yang lemah dan tidak punya kepemimpin­an itu di antara 1948 hingga 1967.

Dalam peperangan dengan

Arab pada Jun 1967, baki tanah Palestin dirampas, termasuk Tebing Barat, Timur Jerusalem, dan Genting Gaza. Regim ini juga menakluki Pergununga­n Golan (1,150km persegi) dari Syria, dan semenanjun­g Sinai (61,198km persegi) dari Mesir. Akibatnya, kirakira 300,000 lagi rakyat Palestin menjadi pelarian perang, terpaksa meninggalk­an tanah air mereka. Tetapi Sinai dikembalik­an kepada Mesir ketika Mesir memenangi peperangan dengan Israel pada 1974, dengan beberapa syarat diletakkan kepada mereka, termasuk perjanjian damai dengan Israel dan bantuan kewangan dari sekutu Israel, Amerika Syarikat.

Ketika negara Israel ditubuhkan pada 1948, rakyat asal Palestin terpaksa lari merempat ke negara lain, dan regim Israel segera membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Yahudi dari seluruh dunia untuk berhijrah masuk ke Israel. Menurut perangkaan yang pernah dicatatkan, ada kira-kira 2.8 juta Yahudi berhijrah ke Palestin di antara 1949 – 2000.

Kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestin, membuka peluang kepada regim Israel menjadikan­nya sebagai alasan untuk mengukuhka­n lagi penindasan mereka terhadap Palestin dan rakyatnya, kerana mereka melabelkan Hamas sebagai golongan radikal dan jihad Islam, tambahan pula Hamas mempunyai kaedah perjuangan yang berbeza dari Fatah dan berkonflik pula dengan Fatah, sehingga akhirnya Palestin mempunyai dua kerajaan dengan dua Perdana Menteri, Fatah menguasai Tebing Barat dan Hamas menguasai Genting Gaza.

Pada 2005, Israel sekali lagi bermain sandiwara, iaitu mengundurk­an tentera dan rakyatnya dari Gaza, supaya Gaza menjadi kawasan penduduk Palestin sepenuhnya, yang kemudian ternyata bahawa Gaza sudah menjadi penjara terbuka yang besar bagi rakyat Palestin, kerana kawasan lautan dan ruang angkasanya dikuasai Israel.

Maka kini, regim Israel bertindak menceroboh Kiblat Pertama umat Islam, ketika umat Islam keseluruha­nnya hanya menjadi penonton terhadap kekejaman ini di bumi suci Islam, malah umat Islam sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menentangn­ya, kerana umat Islam tidak mempunyai strategi dan perancanga­n untuk memberi keadilan kepada negara dan rakyat Palestin.

Ini ditambah pula dengan perpecahan dan krisis sesama sendiri yang secara tiba-tiba tercetus, lalu menggalakk­an musuh Islam untuk melakukan apa-apa saja tindakan provokasi dan kekejaman terhadap fizikal dan spiritual umat Islam, seperti yang berlaku terhadap kiblat pertama umat Islam ini dan rakyat Palestin sendiri hanya dapat bertindak sendirian tanpa sebarang bantuan dari negara Islam, khususnya jirannya sendiri.

Hanya beberapa hari sahaja selepas penaklukan­nya, mereka merobohkan dinding Al-magharibah di sebelah barat masjid dan diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang Yahudi” Ketika negara Israel ditubuhkan pada 1948, rakyat asal Palestin terpaksa lari merempat ke negara lain, dan regim Israel segera membuka pintu seluasluas­nya kepada orang Yahudi dari seluruh dunia untuk berhijrah masuk ke Israel” Maka kini, regim Israel bertindak menceroboh Kiblat Pertama umat Islam, ketika umat Islam keseluruha­nnya hanya menjadi penonton terhadap kekejaman ini di bumi suci Islam”

Menurut rekod, ada kira-kira 300,000 pesara tentera tetapi jumlahnya berubah-ubah setiap masa kerana golongan veteran ini dianggap sebagai ‘aging society’ yang menghidap pelbagai penyakit. Setiap tahun, antara 4,000 hingga 5,000 orang askar yang berkhidmat, akan bersara, manakala lebih kurang 180,000 daripada 300,000 pesara ATM tidak berpencen. Ikuti kupasan lanjut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum sempena Hari Pahlawan, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia