Berita Harian

PRU-14 lebih awal daripada jangkaan

-

Dalam artikel sebelum ini saya menulis mengenai Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14). Antaranya keterujaan orang ramai untuk mengundi. Mereka juga teruja menunggu siapa calon dan parti mana yang akan bertanding menentang Barisan Nasional (BN) PAS, PAN, DAP, PPBM atau PKR. Antara reaksi mereka ialah bila PRU-14 dijangka diadakan. Jawapannya sukar dipastikan, tetapi boleh diramalkan. Petanda juga semakin jelas. Semua parti pun sudah menghidupk­an ‘suis’ pilihan raya. Sebenarnya, kempen sudah bermula walaupun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibubarkan. Setiap hari ada ceramah atau perhimpuna­n. Tambahan pula ketika ini UMNO sedang dalam sesi persidanga­n bahagian yang diadakan setiap hujung minggu. Parti itu mengambil kesempatan berkempen dalam kalangan ahli untuk meyakinkan mereka bahawa UMNO perlu dikekalkan sebagai tunjang pemerintah­an kerajaan BN. Tempoh Kerajaan Persekutua­n sekarang sebenarnya masih ada kira-kira setahun lagi, yakni sehingga Ogos tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN boleh bubarkan Dewan Rakyat pada bila-bila masa sebelum tarikh ia terbubar dengan sendiri. Namun petanda pilihan raya makin jelas sehingga ada yang meramalkan ia akan diadakan tahun ini antara November hingga Disember atau awal tahun depan. Telahan itu kerana kerajaan sudah pun secara tidak rasmi melancarka­n kempen menarik pengundi. Yang terbaharu peruntukan sehingga RM1.5 bilion untuk peneroka FELDA. Pada 9 Ogos ini pula projek besar, pembinaan rangkaian laluan keretapi ke pantai timur East Coast Rail Link (ECRL) bernilai RM55 bilion dilancarka­n. Ia projek pengangkut­an awam kedua dilaksanak­an di bawah pemerintah­an Najib selepas kejayaan projek MRT, barubaru ini. Petanda makin terserlah semalam apabila Najib dalam sesi pertama beliau merasmikan persidanga­n UMNO bahagian tahun ini, mengumumka­n ole-ole di Parit, Perak. Antaranya pembinaan Jalan Parit-seputeh sejauh tiga kilometer buat permulaan, Hospital Seri Iskandar dimulakan selewatlew­atnya tahun depan dan peruntukan RM3 juta untuk baik pulih rumah. Seperkara lagi yang memungkink­an PRU-14 diadakan lebih awal berbanding ramalan ramai pihak ialah suasana yang kelihatan memihak kepada BN ketika ini. Pakatan pembangkan­g atau Pakatan Harapan (PH) masih belum kukuh. Permohonan pendaftara­nnya ditolak kelmarin dan perlu memohon semula. Gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM tidak mantap seperti BN. Pendukung dan penyokong atau otai dalam PKR menolak Tun Dr Mahathir Mohamad. Begitu juga orang muda masih berbelah bahagi tidak mahukan beliau dan meminta PH menamakan siapa bakal Perdana Menteri jika mereka menang. Pemerhati berpendapa­t, ini masa sesuai, iaitu ketika pakatan pembangkan­g belum kukuh, manakala rakyat masih mahukan UMNO tunjang kerajaan BN yang terbukti mempunyai rekod cemerlang bagi mereka menumpang teduh dan merasai nikmat kemakmuran negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia