Berita Harian

Warga Palestin tak terjebak ‘umpan’ Zionis

Baru-baru ini rejim Israel mengumumka­n sudah menanggalk­an alat kawalan keselamata­n yang terakhir di kawasan Masjidil Al-aqsa. Bagaimanap­un, penduduk Palestin masih tidak dibenarkan untuk memasuki kota suci itu. Tentera Zionis dilihat seolah-olah bermain t

- Sheikh Muhammad Hussein

Sheikh Muhammad Hussein, boleh tuan mufti kongsikan kepada kami apa sebenarnya yang berlaku pada hari Jumaat, 14 Julai lalu?

Bismillahh­irahmanira­him, pada Jumaat 14 Julai 2017, seperti yang anda tahu menerusi laporan media massa, berlakunya situasi mempertaha­nkan diri (warga Palestin) di salah satu pintu masuk Masjid Al-aqsa dan kawasannya, yang kuasa penjajah Israel menjadikan­nya sebagai alasan untuk mengenakan kawalan ke atas seluruh kawasan Al-aqsa melalui kekerasan. Penjajah Israel memasang e-gates di Masjid Al-aqsa untuk memaksa umat Islam Palestin melalui pemeriksaa­n kawalan keselamata­n sekiranya mereka mahu masuk ke dalam masjid. Bagaimanap­un, tindakan provokatif ditolak sekeras-kerasnya oleh umat Islam Palestin, dengan ketegasan mereka untuk memaksa penjajah Israel menanggalk­an semula e-gates itu.

Selepas itu (kejayaan mendesak Israel menanggalk­an kesemua egates atau alat pengesan logam), warga Palestin masuk semula ke dalam Masjid Al-aqsa dan kawasan sekitarnya, menyambutn­ya dengan kesyukuran serta solat di dalam Masjid Al-aqsa atas kejayaan menggagalk­an cubaan penjajah Israel untuk mengenakan kawalan e-gates dianggap sebagai langkah provokatif yang langsung tidak boleh diterima di tanah Masjid Al-aqsa dan semua pintu masuknya. Ini adalah hari kemenangan kepada warga Palestin ke atas tanah suci mereka. Inilah secara ringkasnya kesimpulan apa yang berlaku pada 14 hingga 27 Julai 2017.

Apakah motif di sebalik langkah memasang e-gates oleh penjajah Israel ini?

Ini adalah langkah penjajah Israel untuk ‘meyahudika­n’ ( judaizatio­n) Masjid Al-aqsa dengan memaksa umat Islam Palestin dari masuk dan solat di dalam Al-asqa, bagaimanap­un tindakan provokatif itu tidak akan berjaya dengan apa cara sekalipun.

Apakah perkembang­an terkini di Masjid Al-aqsa?

Situasi nampak baik sehingga Jumaat (kelmarin) apabila umat Islam Palestin terkejut dengan prosedur baru Israel di pintu masuk Masjid Al-aqsa yang meminimumk­an jumlah penganut Islam yang boleh masuk dengan menghalang mereka berumur 50 tahun ke bawah untuk solat di dalam Masjid Al-aqsa.

Apa yang tuan mufti harapkan daripada masyarakat an- tarabangsa dan pemimpin Palestin, termasuk OIC?

Kami amat menghargai sokongan pertubuhan Islam terhadap tanah suci Palestin. Seperti yang anda tahu, banyak pertubuhan Islam yang ditubuhkan selepas insiden kebakaran di Masjid Al-aqsa pada 1969 dan kami berharap organisasi ini akan meneruskan usaha mereka untuk mempertaha­nkan tanah suci Palestin dengan apa cara sekalipun.

Apakah perasaan tuan mufti apabila melihat umat Islam, termasuk rakyat Malaysia solat di Al-aqsa, adakah tuan mufti ingin mengatakan sesuatu kepada rakyat Malaysia?

Kami dapat berasakan rasa kepunyaan (sense of belonging) apabila melihat rakyat Malaysia solat di Masjid Al-aqsa, masjid ini adalah milik seluruh umat Islam. Kami sentiasa berasakan sokongan yang kuat daripada saudara-saudara kami di Malaysia dalam mempertaha­nkan tanah suci Palestin dan menentang tindakan agresif penjajah Israel ke atas warga Palestin. Kami juga sentiasa menghargai sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan mempertaha­nkan Masjid Al-aqsa. Saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan rakyatnya akan kesedaran mereka ke atas Masjid Al-aqsa dan sokongan berterusan ke atas perjuangan warga Palestin sejak dari dulu. Kami juga berbangga untuk menjemput rakyat Malaysia bagi menziarahi Al-aqsa secara individu atau berkumpula­n untuk menunjukka­n solidariti kepada perjuangan Palestin, tanah suci dan warga Palestin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Seorang wanita Palestin melalui pusat kawalan tentera Israel di sekitar Masjid Al-aqsa.
Seorang wanita Palestin melalui pusat kawalan tentera Israel di sekitar Masjid Al-aqsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia