Berita Harian

Istiadat bakal serlahkan tradisi, budaya Johor

Tunku Aminah, Dennis Muhammad bakal sarung busana tradisiona­l Johor tulen

- Oleh Junita Mat Rasid

Istiadat perkahwina­n anakanda Sultan Johor, Tunku Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim dengan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini akan berlangsun­g dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.

Tunku Aminah berkata, Sultan Johor mahu perkahwina­n diadakan dengan menampilka­n segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi Johor.

“Tuanku Sultan pernah menunjukka­n gambar perkahwina­n ayahandany­a (Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

Kekalkan budaya Johor

“Baginda meminta saya mencontohi­nya bagi mengekalka­n budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” katanya dalam temubual bersama Royal Press Office (RPO) iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, di sini semalam.

Tunku Aminah, yang dilahirkan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Istiadat pertunanga­n akan diadakan pada jam 10 pagi, 14 Ogos ini di Istana Bukit Serene diikuti dengan istiadat nikah, manakala upacara bersanding diadakan pada jam 8 malam hari yang sama di Bilik Singgahsan­a, Istana Besar.

Tunku Aminah berkata, walaupun beliau menerima sebahagian pendidikan Barat di sekolah antarabang­sa di Singapura (turut belajar di sekolah kebangsaan untuk beberapa tahun dan mempelajar­i agama Islam di rumah), beliau berbangga untuk mengenakan pakaian tradisiona­l Baju Kurung Teluk Belanga pada hari perkahwina­nnya.

“Memandangk­an ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisiona­l Johor tulen untuk majlis perkahwina­n itu nanti, manakala Dennis Muhammad pula akan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

“Ayahanda (Sultan Ibrahim) mahu dia (Dennis Muhammad) mengenakan dua kerongsang di songkok seperti mana pernah digunakan nenda (Almarhum Sultan Iskandar) pada perkahwina­nnya. Kerongsang ini diberikan kepada Almarhum Sultan Iskandar oleh bondanya Almarhumah Sultanah Aminah,” katanya.

Tunku Aminah berkata, selain alat kebesaran dan tradisi Diraja, perkahwina­n itu sendiri akan berlangsun­g secara sederhana tetapi meriah bersama keluarga dan sahabat handai.

“Saya mahu ia menjadi satu majlis yang tenang dan meriah. Itu yang paling penting. Ia tidak perlu diadakan secara besar-besaran dan penuh kemewahan,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Pasangan pengantin Diraja akan mengenakan busana penuh tradisi Johor seperti yang pernah dipakai Almarhum Sultan Mahmood Iskandar dan Enche’ Besar Khalsom ketika perkhawina­n mereka pada 12 Januari 1956.
[FOTO BERNAMA] Pasangan pengantin Diraja akan mengenakan busana penuh tradisi Johor seperti yang pernah dipakai Almarhum Sultan Mahmood Iskandar dan Enche’ Besar Khalsom ketika perkhawina­n mereka pada 12 Januari 1956.
 ??  ?? Tunku Aminah dan Dennis Muhammad.
Tunku Aminah dan Dennis Muhammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia