Berita Harian

Hanya 10 peratus murid layak

Ramai ibu bapa belum buka akaun SSPN untuk anak

- Oelh Ifwan Tun Tuah ifwan@bh.com.my

Hanya 10 peratus daripada 436,000 murid Tahun Satu di seluruh negara layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) dan SSPN-I Plus berjumlah RM50.

Jumlah itu masih kecil berbanding peruntukan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentang­an Bajet 2017 dalam usaha menggalakk­an ibu bapa menabung untuk pendidikan anak.

Pengurus Besar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Sembilan, Ain Syuhara Idris, berkata keadaan itu berlaku disebabkan ramai ibu bapa belum membuka akaun SSPN untuk anak, selain akaun tidak aktif.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kesedaran ibu bapa mengenai simpanan pendidikan semakin meningkat berdasarka­n pertambaha­n bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk kanak-kanak sekolah rendah direkodkan pihaknya.

Simpanan pendidikan

Katanya, SSPN-I dan SSPN-I Plus adalah pelan simpanan terbaik untuk pendidikan anak kerana menawarkan banyak keistimewa­an termasuk menawarkan kadar dividen yang tinggi mencecah 4.25 peratus setahun.

“Bagi Negeri Sembilan, peratusann­ya sama iaitu 10 peratus daripada 16,778 murid Tahun Satu menerima insentif berkenaan dan kita berharap dapat meningkatk­an kesedaran ibu bapa mengenai kepentinga­n menabung untuk pendidikan anak.

“Kita dapati, selain faktor ramai belum membuka akaun SSPN untuk anak masing-masing, banyak juga akaun yang tidak aktif walaupun dibuka ketika kanak-kanak itu belum bersekolah, sekali gus hilang kelayakan menerima insentif berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri karnival 'Fun Learning' PTPTN Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mantin di sini, semalam.

Seramai 200 murid Tahun Satu sekolah itu selain kira-kira 400 ibu bapa menyertai program ceramah dan pembelajar­an interaktif berkenaan yang menekankan faedah penyimpana­n wang untuk pendidikan masa hadapan.

Insentif Khas Geran Sepadan adalah simpanan percuma RM50 yang diberikan kepada murid Tahun Satu sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai simpanan terkumpul RM50 dalam akaun SSPN-I/SSPN-I Plus.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Sebahagian murid Tahun Satu menjalani aktiviti pembelajar­an interaktif pada karnival ‘Fun Learning’ PTPTN Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mantin.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Sebahagian murid Tahun Satu menjalani aktiviti pembelajar­an interaktif pada karnival ‘Fun Learning’ PTPTN Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia