Berita Harian

Jualan sempena Ulang Tahun BH Ke-60 di lokasi terakhir gamat

Pembaca setia terkejut terima percuma empat buku sabun mandi wangian lemon fresh Lifebuoy

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Merentasi 13 lokasi terpilih di seluruh Semenanjun­g, promosi jualan BH yang melabuhkan tirainya di Pasar Pagi Bandar Tun Razak, di sini, semalam mendapat sambutan hangat.

Promosi sempena Ulang Tahun Ke60 BH yang dimulakan sejak jam 7.30 pagi itu gamat dengan kunjungan pembaca setianya, malah lebih manis apabila mereka memperoleh pek sabun mandi Lifebuoy bernilai RM5 secara percuma untuk pembelian setiap naskhah akhbar.

Kontraktor, Mohd Adnan Danial, 51, berkata membeli akhbar BH pada setiap pagi adalah rutin hariannya, namun terkejut apabila turut menerima hadiah percuma empat buku sabun mandi wangian lemon fresh Lifebuoy.

Beliau menyifatka­n pembelian berkenaan sebagai ‘durian runtuh’ kerana bukan sekadar memperoleh akhbar yang padat dengan kupasan isu semasa, malah mendapat sabun untuk kegunaan seisi keluarga.

“Saya terdengar jiran sebelah rumah kata beruntung beli akhbar BH hari ini (semalam) di pasar pagi sebab dapat empat buku sabun secara percuma.

Batal nait beli sabun di kedai

“Oleh itu, saya batalkan niat asal untuk dapatkan akhbar BH di kedai berdekatan dengan rumah, sebaliknya bergegas ke pasar pagi memandangk­an ada barangan keperluan lain yang hendak dibeli di sana.

“Saya memang memilih BH kerana suka dengan kupasan segmen sukan yang menonjolka­n sisi lain sempena penganjura­n liga atau temasya sukan,” katanya ketika ditemui selepas membeli empat naskhah BH, semalam.

Pesara kerajaan, Dollah Said, 67, pula memuji usaha BH dalam mengubah paparan pelbagai berita tempatan dan luar negara, termasuk memperuntu­kkan fakta atau maklumat mengenai isu berkaitan.

Beliau berkata, komitmen BH melakukan perubahan mengikut peredaran semasa, selain merangka inisiatif

 ??  ??
 ??  ?? Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatka­n pek percuma sabun Lifebuoy dengan pembelian akhbar BH di Pasar Pagi Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.
Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatka­n pek percuma sabun Lifebuoy dengan pembelian akhbar BH di Pasar Pagi Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.
 ??  ?? Penduduk tidak menyangka beli akhbar BH diberi percuma sabun Lifebuoy.
Penduduk tidak menyangka beli akhbar BH diberi percuma sabun Lifebuoy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia