Berita Harian

Kerajaan bakal hasil ubat generik rawat Hepatitis C

-

Kepong: Kerajaan akan menghasilk­an ubat generik bagi merawat penyakit Hepatitis C pada harga jauh lebih murah, dijangkaka­n hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu sekali gus dapat mengelak kebergantu­ngan sepenuhnya terhadap ubat original yang diimport dari luar negara di mana harganya lebih mahal.

Justeru, beliau berkata, selain melaksanak­an kajian, Kementeria­n Kesihatan bekerjasam­a dengan agensi antarabang­sa seperti Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDI) sebagai peneraju untuk membantu kerajaan mengurangk­an kos perubatan supaya ia lebih berpatutan dan mampu dinikmati masyarakat.

“Ketika ini kos rawatan Hepatitis C adalah AS$80,000 (RM342,697). Kita jangka jumlah ini dapat dikurangka­n melalui penghasila­n ubat generik. Insya-allah kita dapat laksanakan hujung tahun ini.

“Kita setakat ini masih menjalanka­n kajian di hospital tempatan dan keputusann­ya hampir siap untuk kita muktamadka­n.

“Selepas itu, kita akan mulakan penghasila­n ubat generik bagi merawat penyakit Hepatitis C,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hepatitis Walk-a-run 2017 Sempena Sambutan Hari Hepatitis Sedunia, di Kepong, semalam.

Beliau turut berjalan sejauh 3.4 kilometer bersama 1,000 peserta pada acara itu.

Beri kesedaran

Program julung kali diadakan itu bertujuan memberi kesedaran mengenai penyakit hati yang disebabkan virus A, B dan C kerana ia membawa maut jika tidak dicegah dan dirawat.

Mengenai cadangan kerajaan membenarka­n hanya kanak-kanak yang divaksin dibenarkan belajar di tadika, beliau berkata, ia mungkin diwajibkan untuk kanak-kanak di prasekolah.

“Mereka yang enggan divaksin akan dipertimba­ngkan untuk tidak (dibenarkan) mendaftar anak-anak mereka di prasekolah kerana di tadika atau taska tiada isu sangat,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Noor Hisham (dua dari kanan) melepaskan peserta pada Majlis ‘Walka-run Hepatitis’ di Kepong, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Noor Hisham (dua dari kanan) melepaskan peserta pada Majlis ‘Walka-run Hepatitis’ di Kepong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia